'Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi....'
Ini lagu wajib sebagai pelajar ITM semasa orientasi. Lagu sakti - setiap kali kita nyanyikan lagu ini, bulu roma meremang, dan pilu merayap perlahan-lahan sehingga ada antara kita yang tergenang airmatanya, walaupun setelah selesai program orientasi.
'nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda.....'
Semasa konvokesyen UiTM ke 77, lagu ini dimainkan secara instrumental. Sayapun ikut menyanyi,
'..... kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa...'
Benarkah kuasa akan menentukan bangsa? Lagu ini akan hanya menjadi sejarah andai kuasa terus-terusan boleh ditukar ganti dengan harta. Dan lebih malang lagi kalau masing-masing berpendirian "if you cannot beat them, join them".
Aduuhhh....!