Tuesday, December 4, 2012

Lagu Sakti

'Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi....'

Ini lagu wajib sebagai pelajar ITM semasa orientasi. Lagu sakti - setiap kali kita nyanyikan lagu ini, bulu roma meremang, dan pilu merayap perlahan-lahan sehingga ada antara kita yang tergenang airmatanya, walaupun setelah selesai program orientasi.

'nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda.....'

Semasa konvokesyen UiTM ke 77, lagu ini dimainkan secara instrumental. Sayapun ikut menyanyi,

'..... kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa...'

Benarkah kuasa akan menentukan bangsa? Lagu ini akan hanya menjadi sejarah andai kuasa terus-terusan boleh ditukar ganti dengan harta. Dan lebih malang lagi kalau masing-masing berpendirian "if you cannot beat them, join them". 

Aduuhhh....!

Wednesday, November 28, 2012

Budak AD, Anak AD


25 November 2012 -Majlis Konvokesyen UiTM 77. 

Graduan AD 2012 : Dari kanan Fathin Nur Izzah Bt Taslim (Grafik), Ainun Bashitah Johar (Tekstil), dan Amna Syakira Ahmad Shukri (Seni Halus).

Sayang sekali tidak dapat merakam kenangan bersama Lan Afro (anaknya graduan Grafik) dan Mat Nor Mahmud (anaknya graduan IDE)

Sunday, January 29, 2012

kawan-kawan bertandang


Seronoknya dikunjungi kawan-kawan!
(21 Jan 2012)

Fa dan Atip juga singgah selepas urusan menghantar anak kembali ke asrama sebelum sekolah dibuka.



Monday, October 31, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Karya Budak AD

Karya Riaz Ahmad Jamil Ahmad @ Nagesh

Wednesday, August 31, 2011

ASSALLAMUALAIKUM



SELAMAT HARI RAYA
EID MUBARAK

Insyallah Semoga Allah Taala menerima puasa kita dan menjadikannya punca kejayaan kita.
semoga yg travelling balik kampong melawat kaum keluarga sahabat handai insyallah selamat pergi dan balik . Kepada sahabat sahabat yg Allah Taala uji dengan sakit demam kita sama sama doakan agar insyallah, Allah kurangkan penderitaan mereka dan kurniakan kesembuhan kepada mereka.


Thursday, July 21, 2011

Doa buat Sahabat

Saya menerima sms dari Dato'Bob :
'Salam, dah tengok Napi kat hospital?'
Vrusshh... jantungku berdegup kencang, tapi si Bob ni selalu bergurau, aku jawab untuk kepastian.
'Wak Napiah ka? dia sakit apa? kat spital mana?'
Bob forwardkan sms yang dia dapat dari Pak Ngah Mail:
'Bob,Wak Napi kat tingkat 10 bilik 21, menara timur, hospital universiti kl, nak operate jantung hari khamis ni'

Petang tadi aku kesana dan berjumpa dengan Bob di dalam lif, di tingkat 10, sebaik masuk kedalam bilik, Ijah dan Nana sudah di sana. Napiah nampak tenang, operation bypass dijangka besok petang. Napiah ditemani isteri tercinta. Kalau dah berjumpa dengan Bob, susah lah nak serious, ni tempat orang sakit ni, kesian kat Napiah terpaksa tahan gelak.
Banyak berdoa Napiah InsyaAllah semua akan selamat.

Selepas bersalaman dengan Napiah kami ke Hospital pakar Damansara pulak untuk bertemu dengan Jin@ Sanusi. Jin sudah seminggu di Malaysia kerana abangnya terlantar sakit Cancer disitu. Bersembanglah kami di sebuah warung berhampiran sampai kedai tutup.

'Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah sahabat kami Hanafiah dan permudahkan segala urusan beliau dan percepatkan lah agar beliau sembuh seperti sediakala, dan kurangkanlah penderitaan kekanda kepada sahabat kami Sanusi agar beliau segera sembuh. Hanya pada Mu Ya Allah kami bermohon. Amin Ya robbal'alamin'.

Friday, June 24, 2011

Sweet Momment : Puan Rohaya dan Suami Tercinta
















Sweet...


Lama tak posting apa2 kat sini, ternampak foto manis sedara kita Aya dan suami dalam fb, teringat lah pulak kat kenkawan. Salam kerinduan dari saya dan Eta buat semua!

Saturday, February 26, 2011

Friday, February 25, 2011

Tak boleh tidur?


Tak boleh tidoq lah pulak... jom dengaq lagu ni... merdu... Enjoy! dan selamat malam semua...

Wednesday, February 23, 2011

Selamat Pagi



Assalamualaikum, Cheer up your day, Enjoy this!

Tuesday, February 22, 2011

Perempuan Sihir Hitam



Lets fly back to 1972... Enjoy!

Monday, February 21, 2011

oh sister



This one for you guys that still frequent this space especially to Ku Yee, Jin and Sob, Enjoy my man!

Tuesday, December 21, 2010

Ke Utara

Assalamualaikum,
InsyaAllah kami sekeluarga akan ke Utara buat seminggu. Ronda ronda setelah yang SPM dah habis. Nak lepak mana tak tahu lagi.... yang pasti, semalam dua bersama emak di Langgar, Kedah. Ada rezki kami cubalah mencari saudara saudara AD kalau jumpa.

Memang tak ada cerita yang menarik nak diceritakan di sini, tapi nak mula perangat injin semula kat blog kesayangan kita ini.... tersasar sebentar di alam fb, tapi makin lama terasa rindu pula alam blog ini, Apapun, harapan saya agar saya dapat menghidupkan blog ini berterusan demi kasih sayang kita, segala warga AD.

Doakan perjalanan kami selamat hendaknya.
Terima kasih kerana masih setia menjenguk di sini.

Saturday, December 18, 2010

Pantun Memujuk

Buat kerisik
Gelama berduri,
Janganlah serik
Datanglah lagi

Maafkan Kami!


Maafkan kami kerana lama tak ke sini.... InsyaAllah akan saya teruskan meniup khabar di sini.
sekali lagi, maafkan kami....

Nora & Yati

Norazmi


Yati dan anak anak tercinta.

Kedua dua kawan kita ni dah ada kat FB, jom kita 'add'

Tuesday, November 16, 2010

ASSALLAMUALAIKUM

MUHAMMAD (SAW) SAID:

'WHOEVER PERFORMS HAJJ FOR ALLAH'S PLEASURE AND DOES NOT HAVE SEXUAL RELATIONS WITH HIS WIFE, AND DOES NOT DO EVIL OR SINS THEN HE WILL RETURN (AFTER HAJJ FREE FROM SINS) AS IF HE WERE BORN ANEW.


NARRATED BY ABU HURAIRAH (RA)

SAHIH BUKHARI VOL 2 BOOK 26 HADITH NO: 596

ASSALLAMUALAIKUM

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA KAWAN2 DI AD82,,TERUTAMANYA KEPADA MODERATOR BLOG INI TUAN AHMAD SYUKRI ELIAS SEKELUARGA.SEMOGA KITA DAPAT MENGHAYATI PENGERTIAN KORBAN DAN KESUNGGUHAN NABI IBRAHIM (AS) MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH..KEPADA RAKAN2 YG MENUNAIKAN FARDHU HAJI DI TANAH SUCI SEMOGA MENDAPAT HAJI YG MABRUR DAN DIBERKATI ALLAH TAALA SERTA SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA.

Saturday, October 23, 2010

Born To Be Alive



Lagu sewaktu umur saya 20 tahun... Enjoy!