Wednesday, August 5, 2009

Ada lagi foto dulu dulu



Ron, Pyan dan S Rozita. Mana lah agaknya dia orang ni sekarang ya?
Pyan aku tahu la... tu pun dah lama menyepi...

PENGUMUMAN !

Bengkel Penulisan Skrip Drama


Tenaga Pengajar : Ladin Nuawi - aktivis teater tersohor tanah air.
Tarikh : 8, 9, 15 hb Ogos 2009 ( 10.00 pg - 4.00 ptg)
Tempat : Perpustakaan Precint 9, Putrajaya.
Peserta : 18 tahun ke atas.
Bayaran : RM 30 (makan disediakan)

Berminat, sila hubungi : Puan Shuhana (03-8887 7667 - 7670 - 7671)

Jangan lepaskan peluang ini!

Sijil akan diberikan!

Tuesday, August 4, 2009

Rilek Lagi: Tuan dan Toyol..

|



Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki yang kurang halal tu.... hidup mereka saling bergantung antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh tuannya.. pasti ia akan bertugas.

Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab soalan malikat mungkar nangkir... dan mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
Lalu tuan toyol ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata... 'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab 'Yess.. Bosssss...'
Tuan toyol berkata ' Sekiranya aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam untuk menjawab segala soalan malikat mungkarnangkir pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti'. Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab "No problem bossss.."

Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut... maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah mayat tersebut di khafankan dan selamat dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ... dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man... lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku teror... mesti dia boleh jawab punya'

Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan pertama diajukan .... marabuka....lalu tuan toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya... Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab - "Made in China" -
Zrappppppppp...... satu sebatan diberikan oleh malaikat tersebut...

Begitulah adanya kisah untuk kali ini...dan moral bagi cerita ini ialah Belilah barangan Buatan Malaysia

Rilek Jap TEKA TEKI Paling SENGAL! dan dijawab oleh Lawyer Brooke

|



1) Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?

* = Kain songket cap Gajah Duduk

lawyer : lagi berat kain dinosor duduk...


2) Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?

* = Jatuh la nyonya tu...

lawyer : kalau apek-apek tu dah tua, dan nyonya tu pulak gemok ?

3) Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?

* = Penyapu

lawyer : kalau ibunya satu, kawin lah lagi,
itu pun tak tahu?


4) Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?

* = Jawapan lain salah la...

lawyer : 1+1 = 11 daaa..., tak masuk AD ke?

5) Ibunya diurut, anaknya dipijak.

* = Tangga

lawyer : mula-mula urut laaa...

6) Pokok apa bila manusia nampak dia lari?

* = Pokok nak tumbang la...

lawyer : ha, ini betul...

7) Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?

* = Lagu 'Happy Birthday'

lawyer : orang bisu mana boleh!

lagi...


8) Air apakah yang paling berani sekali?

* = Air terjun

lawyer : banyak air lagi berani dah...
malas nak sebut.


9) Sungai apa yang paling kurus di dunia?

* = 'Slim River'

lawyer : sungai kurus tak ade ke?

10) Sungai apakah yang tiada air?

* = Sungai di dalam peta

lawyer : kalau tertumpah air atas peta tu,
macam mana?


11) Buah apa bila dia masak dia timbul?

* = Buah Melaka

lawyer : aku suka buah melaka...lapar lah pulak...

12) Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?

* = Jadi banyak la...

lawyer : yang ni soalan surrealist..
boleh buat painting ni..


13) Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?

* = Kedua-duanya boleh digoreng

lawyer : makin lapar aku ni...

14) Ikan apakah yang mempunyai ketiak?

* = Ikan duyung

lawyer : Heee...

Budak AD @ Aloq Setaq


Akif

Arash

Foad

Pok Nik

Monday, August 3, 2009

Permohonan Diluluskan (Buat Pak Ngah)

Format Permohonan




Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

03 August 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ..... Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

Saturday, August 1, 2009

Arkib AD82



Salam kenkawan sekalian. Ini adalah blog terbaru produksi Budak AD82. Blog ini merupakan dokumentasi aktiviti dan riadah Kelab Keluarga AD82 seawal dari penyatuan pertama selepas 20 tahun tidak bersua.

Blog ini masih didalam penyelenggaraan dan insyaallah kami akan usahakan yang terbaik buat tatapan semua sehingga ianya siap sepenuhnya.

Bagi kenkawan yang ingin mengunjung blog ini, bolehlah layari:
http://arkibad82.blogspot.com

Lagi Budak Muzik





Kami turut berbangga. Tahniah Dr. Nasir.

Semarak Langkawi Culture Workshop 1986


Lan asyik melihat Ku Yee memahat


Min giving Eta and Mas a hand with their artpieces, while Paklah is busy setting the stage for tonight's wayang kulit.


Creating under the shade and breeze at Pantai Cenang.


The Night's musical performance, Lan at caklempong with Min and Jeff at percussion.


Jaffar aka Jari at xylophone.


the whole troupe

Musictoon for Budak Music


Salam buat Lan & Eli, Mimi, Jaafar, Achin, Siti Hajar, Tok Wan, Mat Rock, Rizwan , Shakila, Nasir, Ayub dan kesemua budak muzik.