Monday, April 5, 2010

Kembara Eropah 2 : Prelude 1

November 2009

"Maka canang pun dipukul orang lah, maka tahu lah segenap pelosok marcapada bahawa Arjuna akan berkelana ke negara tanah putih...."

Suatu petang di 'green corner' Miepaklah di PJ, fonsel saya bergetar...

Encik Ahmad Shukri Elias ?
Saya Faizah dari Orogenic Resources, PA Tuan Z.
Saya diarahkan oleh Tuan Z untuk menempah tiket penerbangan untuk Encik ke Eropah.
Tolong hantarkan travel itinery Encik bersama particulars passport ke e-mail saya di.....


E-mail saya kepada Faizah:

Salam Faizah,
These are the details of my travel.

Travel details:

07/12/2009 - Kuala Lumpur - London
13/12/2009 - London -
Dusseldorf
28/12/2009 - Dusseldorf - London - Kuala Lumpur


Keesokannya...

Encik Shukri, Saya difahamkan hanya untuk tiket Air Asia pergi balik ke London sahaja.
Tiket untuk waktu yang Encik hendak sudah habis, Januari boleh?

Alaa... macam mana ni, orang kampong semua dah tahu, Jack sekeluarga di Denmark dah menunggu untuk sama sama menyambut Krismas. Jin pun dah diberitahu. Terpaksa postphone lah nampak gaya nya ni....

Tak apa biar aku postphone sampai Mac 2010, waktu tu UiTM ada semester break, jadi tak payah ganti banyak kelas. Nak tunda sampai Mei takut lambat sangat. Lagipun boleh ada banyak masa lagi untuk kumpul duit.


Disember 2009

Sebelum bertolak ke Pantai Timur:

Encik Shukri, Faizah, saya nak comfirm tarikh travel Encik untuk buat tempahan.
1 Mac bertolak dari K.L ke London dan return 22 mac, OK?
Penerbangan Air Asia beserta makan.


Flight booked, there's no turning back!
Now, find money, lots of money!

Flight to London solved. Flight around Europe have been booked by my nephew Faris in Germany online.
Lodging; plan nak tumpang Jin in Weymouth, Faris in Gelsenkirchen dan Jack in Copenhagen.

Yang nak kena cari, duit belanja.
Dua puluh dua hari, paling tidak Euro 1 ribu, dah RM lima ribu tu, Nak tinggal kat famili kurang-kurang satu ribu. Nak beli long john dan segala keperluan untuk musim yang masih sejuk, Nak settle bil-bil... waaa mana nak cari enam-tujuh ribu ni!

Kembara Eropah 2



Bismillahirahmanirahim.

Hampir dua minggu sudah, saya balik dari trip yang amat bermakna buat saya ini.
Syukur Alhamdulillah, saya selamat sampai ke KL pada jam 8.00 malam pada 23 mac yang lalu.

Banyak pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan bersama kawan kawan.
Cuma, kalau pada trip pertama dahulu, saya berkesempatan mencoretkan jurnal, tetapi pada kali ini saya langsung tidak; apa yang ada hanya memori-memori yang masih segar di dalam minda dan hati saya.

Dan ini lah sebabnya saya harus mencurahkan segera sebelum ianya semakin pudar. InsyaAllah, bersama foto-foto akan saya cuba hidupkan kembali pengalaman saya.

Posting juga akan dibuat di dalam blog saya 'piquant' http://shukre.blogspot.com



KEMBARA EROPAH 2 : PRELUDE

September 2009

It all started with a sponsored return airticket to London.
It was first sheduled for December 2009.

"Waa... ada chan tengok salji ni"
"Ada chan pi kat Jin ni". Saya ni memang suka berjalan... haha sapa tak suka?

Kami selalu dah dok chat dengan Jin semenjak berblogging ni. Jin pun memang rajin kontek member. Jadi selalulah dok berangan nak pi kat dia....

Hmmm... let me see... ada anak buah kat German!... boleh cari pasai pi kat member Denmark...
AMSTERDAM! "Siap hang Bentolo, hang ingat hang sorang boleh sampai Amsterdam ka?". Last time dari Florence dan Paris, nak pi dah... sampai London, duit habih!

Ok, ok, bawa bertenang... mula mula fix date dulu.
Bulan 12, cantik la, Uitm cuti, famili cuti.
Belanja?....... hmmmm...... takpa, book flight dulu.

bersambung....

Rock Steady



Good Mornin!
Lets rock this beautiful Monday morning with this 1974 fav...
Rock Steady... Enjoy!

Sunday, April 4, 2010

Hepi Besdey Kasran & Hanafiah !



Salam hari jadi buat saudara Kasran pada 3.4.10. Semoga panjang umur dan murah rezki dari warga AD 82.




Salam hari jadi juga buat Saudara Hanafiah pada 4.4.10. Semoga panjang umur dan murah rezki dari warga AD 82.

Buat Kasran dan Napi, terima lah lagu besdey ni... Enjoy!

Saturday, April 3, 2010

Selamat Pengantin Baru Sob: 3.4.10



Lagu ini khas ditujukan pada pasangan pengantin Sobri Abd Hamid aka Sob IDE dan pasangannya Aishah yang melangsungkan perkahwinan mereka di Jitra Kedah hari ini.
Ucapan, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu dari kami semua, budak-budak AD.

Sob's Wedding Pic: 3.4.10 : Kiriman Don


Pasangan pengantin baru Sobri Abd Hamid dan pasangan Aishah





Ish ish ishhh....


Bersama Am, Jamal Ayaq dan Ben



E-mail Don pada saya:

E, nah tolong upload dalam blog budak ad82 sat (dgn izin sob dan isteri):

Nama isteri : Aishah
Umur : 24 thn
Asal : Medan, Indonesia

Menu yg paling menyelerakan :
1. Kerabu kerisik mempelam, taugeh, udang
2. Ikan masin tamban dan gelama garing belah dua
3. Gulai kuning2 udang besar nangka muda
4. Ulam pucuk gajus, daun selom, terong mekah bakar dan terung bulat rebus
5. Sambal belacan bercampur ricik mmpelam masak ranum
6. Minuman : sirap dan lincikang
7. Bubur kacang

dan

8. Daging kari pekat ala mamak
9. Ayam masak tomato

Walau pun daging dan ayam sedap nampaknya 7 yg di atas tu menjadi pujaan hati setiap tetamu. Terutama si Bentolo yang makan sampai tak nampak telinga sendiri

Selamat Pengantin Baru Sob, Semoga berkekalan ke anak cucu dari kami Budak AD 82

Terima Kasih Don.

Thursday, April 1, 2010

Tuan Kasran


Kasran kat Conlay 2008, visiting me during my last year at Conlay artist Colony.KL

Wednesday, March 31, 2010

Family Pic : Bentolo aka Cikgu Ramlan



Foto: Ben bersama keluarga tercinta.
Dari fb Ramlan Kamaruddin. TQ

Latest Blog on the Block



Layari blog menarik '... pengalaman di UK' di http://marhanim.blogspot.com dari Puan Marhanim Abd Razak, seorang lagi budak AD lulusan Seni Halus yang sedang berada di UK bersama keluarga. Atau klik di ad82 bloggers di blog kita ini. Tahniah Puan Marhanim, makin besar networking kita, Terima Kasih

Hit The Road Jack!



Enjoy!

Tuesday, March 30, 2010

Arwah Cik Medan aka Boss



Arwah Hamdan atau lebih dikenali oleh pelajar pelajar SeniHalus tahun 80an sebagai Boss. Arwah memulakan tugas di Itm sebagai model untuk kelas lukisan figura di jabatan Seni Halus dan menyambung sebagai teknisyen Kerja Cetak iaitu 'Etching' di jabatan yang sama.
Arwah mendapat nama Boss kerana selalu memanggil orang lain sebagai Boss.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Cik Medan.

Foto: Boss, berdiri empat dari kiri, bersama pelajar Seni Halus AD 84
Foto: Fb Taufik, TQ