Tuesday, December 4, 2012

Lagu Sakti

'Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi....'

Ini lagu wajib sebagai pelajar ITM semasa orientasi. Lagu sakti - setiap kali kita nyanyikan lagu ini, bulu roma meremang, dan pilu merayap perlahan-lahan sehingga ada antara kita yang tergenang airmatanya, walaupun setelah selesai program orientasi.

'nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda.....'

Semasa konvokesyen UiTM ke 77, lagu ini dimainkan secara instrumental. Sayapun ikut menyanyi,

'..... kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa...'

Benarkah kuasa akan menentukan bangsa? Lagu ini akan hanya menjadi sejarah andai kuasa terus-terusan boleh ditukar ganti dengan harta. Dan lebih malang lagi kalau masing-masing berpendirian "if you cannot beat them, join them". 

Aduuhhh....!

Wednesday, November 28, 2012

Budak AD, Anak AD


25 November 2012 -Majlis Konvokesyen UiTM 77. 

Graduan AD 2012 : Dari kanan Fathin Nur Izzah Bt Taslim (Grafik), Ainun Bashitah Johar (Tekstil), dan Amna Syakira Ahmad Shukri (Seni Halus).

Sayang sekali tidak dapat merakam kenangan bersama Lan Afro (anaknya graduan Grafik) dan Mat Nor Mahmud (anaknya graduan IDE)

Sunday, January 29, 2012

kawan-kawan bertandang


Seronoknya dikunjungi kawan-kawan!
(21 Jan 2012)

Fa dan Atip juga singgah selepas urusan menghantar anak kembali ke asrama sebelum sekolah dibuka.



Monday, October 31, 2011

Pokku masuk sughat kobar

The Star, Sunday 30 Oct 2011






Wednesday, October 12, 2011

Karya Budak AD

Karya Riaz Ahmad Jamil Ahmad @ Nagesh

Wednesday, August 31, 2011

ASSALLAMUALAIKUM



SELAMAT HARI RAYA
EID MUBARAK

Insyallah Semoga Allah Taala menerima puasa kita dan menjadikannya punca kejayaan kita.
semoga yg travelling balik kampong melawat kaum keluarga sahabat handai insyallah selamat pergi dan balik . Kepada sahabat sahabat yg Allah Taala uji dengan sakit demam kita sama sama doakan agar insyallah, Allah kurangkan penderitaan mereka dan kurniakan kesembuhan kepada mereka.


Thursday, July 21, 2011

Doa buat Sahabat

Saya menerima sms dari Dato'Bob :
'Salam, dah tengok Napi kat hospital?'
Vrusshh... jantungku berdegup kencang, tapi si Bob ni selalu bergurau, aku jawab untuk kepastian.
'Wak Napiah ka? dia sakit apa? kat spital mana?'
Bob forwardkan sms yang dia dapat dari Pak Ngah Mail:
'Bob,Wak Napi kat tingkat 10 bilik 21, menara timur, hospital universiti kl, nak operate jantung hari khamis ni'

Petang tadi aku kesana dan berjumpa dengan Bob di dalam lif, di tingkat 10, sebaik masuk kedalam bilik, Ijah dan Nana sudah di sana. Napiah nampak tenang, operation bypass dijangka besok petang. Napiah ditemani isteri tercinta. Kalau dah berjumpa dengan Bob, susah lah nak serious, ni tempat orang sakit ni, kesian kat Napiah terpaksa tahan gelak.
Banyak berdoa Napiah InsyaAllah semua akan selamat.

Selepas bersalaman dengan Napiah kami ke Hospital pakar Damansara pulak untuk bertemu dengan Jin@ Sanusi. Jin sudah seminggu di Malaysia kerana abangnya terlantar sakit Cancer disitu. Bersembanglah kami di sebuah warung berhampiran sampai kedai tutup.

'Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah sahabat kami Hanafiah dan permudahkan segala urusan beliau dan percepatkan lah agar beliau sembuh seperti sediakala, dan kurangkanlah penderitaan kekanda kepada sahabat kami Sanusi agar beliau segera sembuh. Hanya pada Mu Ya Allah kami bermohon. Amin Ya robbal'alamin'.

Friday, June 24, 2011

Sweet Momment : Puan Rohaya dan Suami Tercinta
















Sweet...


Lama tak posting apa2 kat sini, ternampak foto manis sedara kita Aya dan suami dalam fb, teringat lah pulak kat kenkawan. Salam kerinduan dari saya dan Eta buat semua!

Saturday, February 26, 2011

Friday, February 25, 2011

Tak boleh tidur?


Tak boleh tidoq lah pulak... jom dengaq lagu ni... merdu... Enjoy! dan selamat malam semua...

Wednesday, February 23, 2011

Selamat Pagi



Assalamualaikum, Cheer up your day, Enjoy this!