Monday, August 31, 2009

Have Gun Will Travel



Cuba ko orang bayangkan si mamat ni naik
motor die dari johor sampai perlis tanpa
henti.Cam mana ehhh..!!!

BAB MEMENDE CAM NI..AKU INGAT
KENA TANYA BENTOLOOO.. DIA TAU KOT
HAHAHA...

TAZKIRAH 1

- Renungan Untuk Kita
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu:
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan .
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

(Aku jumpa dan aku paste utk renungan kita bersama di bulan puasa ini.)

sama-sama kita renungkan....................

MERDEKA ?




















Salam 'Perayaan' Merdeka 52 anyway...
Foto: Sambutan Merdeka 1982, Dataran Merdeka.

Sunday, August 30, 2009

Jumpa Mansor di Facebook


















Semalam saya terpaksa register untuk join 'facebook' sebab nak retrieve foto dari Roslaini.
Sebelum ni ramai juga kawan kawan dan pelajar saya menanyakan samaada saya di 'facebook' atau tidak.Saya tidak begitu berminat kerana sangkaan saya ia hanya satu social networking yang hanya sesuai untuk remaja.
Satelah saya disahkan sebagai ahli saya dapati yang ianya agak menarik untuk kita get connected dan membesarkan lagi networking of friends kita termasuk saudara mara kita.
Saya terkejut mendapati yang ramai kawan kawan AD82 sudah di sana dan begitu juga dengan anak anak saya.
Di sinilah saya terjumpa dengan Mansor dan ramai lagi kawan kawan lain.

Its interesting and fun guys! another virtual space for us to strengthen our silatullrahim with easy n' fun chatting and photo sharing.
It is much more popular compared to the other social networking like tag, friendster or myspace.
I have already create a link at AD82 sidebar for our convenience.
Its easy guys! Just click the logo and join the fun!
A quote from Zainal, fellow budak AD and facebookians: "old people also needs love and friends"

Chatting Dengan Jin

malam ini saya dapat chatting panjang dengan kawan kita Sanusi di UK.
kebetulan saya tak dapat tidur kerana asyik merayau di alam maya.
lama tak chat dengan Jin.
Jin bagi satu permata kata buat saya.
"takdir bukan magik, tapi logik"
terima kasih Jin.
selamat bersahur semua!
shukri,
puncak alam,
4.44 am

Saturday, August 29, 2009

Cikgu Ramlan @ Conlay 2007













Cikgu Ramlan aka Bentolo aka Julian aka Wak Radin.
Abang seorang ni lah yang selalu ziarah aku waktu aku di perkampungan pelukis jalan Conlay dulu.
Cikgu Ben tinggal di Selayang dan mempunyai tiga orang anak remaja.

Friday, August 28, 2009

Missing Jin















Jin, bila hang nak balik ?

Thursday, August 27, 2009

Tahniah Dato' Bob

 


















NST. Thursday.27 August 2009.
Lihat posting 'Apa Kata Tokoh Tokoh Ternama' Jun 21-Jun 28 di Arkib Cerita Kita

Wednesday, August 26, 2009

Big Band @ UM


Berjumpa dengan Dr.Mohd. Nasir Hashim (budak muzik) selepas persembahannya di UM. Turut kelihatan dalam gambar di atas adalah cahaya matanya.
Lihat posting 'Lagi Budak Muzik' Jul 26-Ogos 2 di Arkib Cerita Kita.

Tuesday, August 25, 2009

Jin in TTDI 1987























 Jin sedang memerhati Hamid buat projek untuk Rothman Annual Dinner 1987.

Sunday, August 23, 2009

Fendi with Akif's Art
















Bro Fendi posing di hadapan catan Akif Emir aka Ito di galeri senilukis Melaka. Catan in merupakan koleksi Arwah Rahime Haron yang dipinjamkan kepada galeri Melaka.
Fendi bersama teman-teman pelukis Conlay sewaktu lawatan jemputan oleh pihak galeri Melaka untuk pameran BandarMelaka bersejarah pada awal tahun 2007.

Friday, August 21, 2009

Semoga Cepat Sihat Dato' Bob

Get Well Soon Graphic #45

DesiComments.com | Get Well Soon | Forward this Picture

Dato' kita, Dato' Nazaruddin Jalil aka Dato' Bob baru keluar dari Sunway Medical Centre kerana disahkan H1N1 positif. Dato' dikuarantin selama lima hari.
Alhamdulillah Dato' Bob dah semakin pulih dan sedang beristirehat di rumah.

Cepat sembuh Dato'
dan selamat berpuasa.

Thursday, August 20, 2009

piquant meets gemagong


Tengahari tadi selesai kelas sessi pagi saya ke muzium Shah Alam untuk melawat teman AD82 bloggers kita, saudara Mohamad Aris Hj Sahid aka 'gemagong'. Aris adalah Penolong Pengarah Pentadbiran dan Pameran Muzium Sultan Alam Shah.
Walaupun kami selalu berjumpa di alam maya, kami sudah lama tidak bertemu mata. Terakhir pada awal 2006 dahulu di Artist colony.
Kebetulan saudara Aris baru tamat satu mesyuarat dan kami lunch bersama di muzium.
Saya sangat senang bersama Aris dan kami menghabiskan masa rehat kami di pejabatnya sambil update berita terkini tentang kawan-kawan AD82.
Terima Kasih Aris kerana sudi menerima kunjungan saya.
Semoga kita dapat bersama lagi. Mungkin kita akan dapat berbuka bersama dengan teman-teman lain satu hari di bulan Ramadhan ini.
Insya Allah.

Wednesday, August 19, 2009

syaitan di rantai


Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ?
Nabi saw bersabda:“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda :
“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.
al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)
Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :
Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”
Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :
“Maka dibuka pintu-pintu rahmat.” (HR Muslim)
Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka. Al-Imam al-Qurthubi pula berkata :
“Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.
”Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab : “Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong/menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”
(Sila lihat fatwa di dalam islam-qa dan http://www.islamonline.net)Wallahu a’lam.
Terjemahan oleh Ustadz Abdul Kadir bin Sahak (Pegawai Penyelidik IQ)

Spot the Difference

Bukan cari perbezaan antara dulu dan sekarang, tapi perbezaan antara foto atas dengan foto bawah.


Foto A


Foto B

Betul... jawapanya, Mie Pak Lah!

Semalam saya bersama abang kita ni kat rumah dia di seksyen 14 PJ. Lama juga tak melawat dia. Plan nak cari teh tarik sedap kat PJ tapi kami banyak bersembang kat rumah saja sampai pukul 11.00 malam , perut dah lapar baru kami ke Kayu nasi kandar untuk late dinner.

Mie Paklah akan bertolak ke Saigon(Ho Chin Min City), Vietnam pagi ini selama beberapa hari atas urusan perniagaan. Dasyat kawan kita ni, jet setter...!
Untuk Mie, safe journey and enjoy yourself. Jangan lupa ambil foto banyak banyak, boleh post kat sini. Bon Voyage!

Tuesday, August 18, 2009

Puncak Jalil Mac 2009


At Zainal Abidin Musa(BudakAD79) studio. With Jack, an artist from Denmark and Mi Paklah

Sunday, August 16, 2009

Visiting AD Melaka

Semalam saya sekeluarga melawat anak saya Amna yang belajar di UiTM Alor Gajah Melaka. Kebetulan Ilham yang sulung kat UMT, K.Trengganu cuti sem.
Bukan senang nak dapat anak-anak full house. Jadi dengan kesempatan ini, kami ke Lendu, Alor Gajah, Melaka.


Bangunan AD, UiTM, Melaka



Fathanah dengan sebuah arca



Adibah dan Najaa di bawah arca penyu besi.



Laman menarik di AD Melaka.



Ilham thrilled to find her gigantic name and can't resist to pose.



Amna, Budak AD 2008. Another 'fine artist' in the family.



Beauties and the beast.

Friday, August 14, 2009

Diet Perlu Seimbang


Nasihat untuk couple kat Kemamang.

ojo koyo ngono


Pada hari pertama ini aku dapati selain air, terusan dan gondola, Venice dipenuhi juga dengan jualan topeng-topeng masquerade, cenderamata dari kaca dan pastries. Venice juga mempunyai aura romance. Venice akan lebih romantik lagi jika berkunjung bersama orang yang dikasihi.Termenung aku sejenak...petikan dari blog Shukre ..ASE-Monday, July 27, 2009

buat Bro Shukri dan Eta

sabuah sajak yang aku ambil dari antologi Wong Kam Pung

OJO KOYO NGONO

SETUHUNE
penguripan iki
orak opo-opo
eneng mangsa-ne
gleges mesem ayem dendem
ono waktu-ne
dzersulo kedewek-an

ojo koyo ngono
isuk sore podo ceker
luruh penguripan sewiji-ne
dzadzak siwi
podo luroh kepenak-e
dewe-dewe

seng elingo
sesok emben bakal orak ono
gleges mesem, ayem dendem lan dzersulo
kapan-ne
uripe dipundut kanjeng robbi

ojo koyo ngono
eleng seng podo-podo menuso

Ismas Saring,1996

Cikgu Kita Dulu


Prof Fatimah Ismail


Prof Madya Najib Noor


Prof Madya Fakariah Lokman

Dari Budak AD ke Pensyarah AD


Encik Rasid
Pensyarah Kanan AD UiTM, Alor gajah, Melaka.


Encik Azhar Samin
Pensyarah Kanan AD UiTM, Shah Alam Selangor.

Thursday, August 13, 2009

BudakAD82 @ Kelate 1985


Wak Ijah, Eta, mmm... tak ingat, maaf! dan Kay Bedu. Ni, according to Eta, waktu bebudak Fine Metal practical kat sana.

Wednesday, August 12, 2009

Latest blog on the block!


acciaccatura

Layari blog Elli budak muzik
di http:// acciaccatura.wordpress.com atau klik di AD82 bloggers di budakad82.
Terima kasih Elli.

Tuesday, August 11, 2009

Invitation

Tiga Dara Pingitan

Juara Berkawat Kesatria


Tumpang menyibuk dengan Mi Paklah.

Induction @ OD 1982


Waktu itu; tidak ku sangka bahawa budak berbaju kuning berlengan panjang di belakangku akan menjadi teman hidupku.

Saturday, August 8, 2009

Ijah, Sal & Ben @ Sri Gombak 2002


How time flies... this is seven years ago!


First time meeting Sal since leaving ITM.

Friday, August 7, 2009

Zai @ Artist Colony 2002


Di Galeri Kantan bersama Shima, Eta dan Najaa


Di Galeri Melor bersama Eta and Kids


Majlis Aidilfitri 2002 di Artist Colony, Jalan Conlay KL

Peribahasa Moden

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu…asek nak beromen aje..

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu…kalau dia berenti….akhirnya dia gerenti start balik punyer..

Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik.
Maknernyer : Jangan macam bagus….pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak…..be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknernyer: Ada orang kentotlah tu…

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri….tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang….check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke, kat tengah ke, tengah baring ke…

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak…..btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknernyer: maknernyer .. . . maknernyer…..maknernya…….. jgn nak tersengeh-sengeh kat depan PC… pi buat kerja

Wednesday, August 5, 2009

Ada lagi foto dulu dulu



Ron, Pyan dan S Rozita. Mana lah agaknya dia orang ni sekarang ya?
Pyan aku tahu la... tu pun dah lama menyepi...

PENGUMUMAN !

Bengkel Penulisan Skrip Drama


Tenaga Pengajar : Ladin Nuawi - aktivis teater tersohor tanah air.
Tarikh : 8, 9, 15 hb Ogos 2009 ( 10.00 pg - 4.00 ptg)
Tempat : Perpustakaan Precint 9, Putrajaya.
Peserta : 18 tahun ke atas.
Bayaran : RM 30 (makan disediakan)

Berminat, sila hubungi : Puan Shuhana (03-8887 7667 - 7670 - 7671)

Jangan lepaskan peluang ini!

Sijil akan diberikan!

Tuesday, August 4, 2009

Rilek Lagi: Tuan dan Toyol..

|



Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki yang kurang halal tu.... hidup mereka saling bergantung antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh tuannya.. pasti ia akan bertugas.

Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab soalan malikat mungkar nangkir... dan mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
Lalu tuan toyol ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata... 'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab 'Yess.. Bosssss...'
Tuan toyol berkata ' Sekiranya aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam untuk menjawab segala soalan malikat mungkarnangkir pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti'. Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab "No problem bossss.."

Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut... maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah mayat tersebut di khafankan dan selamat dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ... dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man... lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku teror... mesti dia boleh jawab punya'

Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan pertama diajukan .... marabuka....lalu tuan toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya... Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab - "Made in China" -
Zrappppppppp...... satu sebatan diberikan oleh malaikat tersebut...

Begitulah adanya kisah untuk kali ini...dan moral bagi cerita ini ialah Belilah barangan Buatan Malaysia