Tuesday, August 4, 2009

Rilek Lagi: Tuan dan Toyol..

|



Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki yang kurang halal tu.... hidup mereka saling bergantung antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh tuannya.. pasti ia akan bertugas.

Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab soalan malikat mungkar nangkir... dan mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
Lalu tuan toyol ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata... 'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab 'Yess.. Bosssss...'
Tuan toyol berkata ' Sekiranya aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam untuk menjawab segala soalan malikat mungkarnangkir pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti'. Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab "No problem bossss.."

Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut... maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah mayat tersebut di khafankan dan selamat dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ... dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man... lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku teror... mesti dia boleh jawab punya'

Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan pertama diajukan .... marabuka....lalu tuan toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya... Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab - "Made in China" -
Zrappppppppp...... satu sebatan diberikan oleh malaikat tersebut...

Begitulah adanya kisah untuk kali ini...dan moral bagi cerita ini ialah Belilah barangan Buatan Malaysia

1 comment:

  1. Bro, gua kena kecikan saiz font sebab typing lu terkeluar dari frame

    ReplyDelete