Tuesday, June 29, 2010

BERITA

Saya mendapat berita dari Atip bahawa, sebentar tadi, Ibu Lan Violin atau ibu mertua Eleena Hamden aka Lee Muzik (Acciaccatura) telah kembali ke rahmatullah. Takziah buat Lee dan Lan.
Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali, Al-Fatihah.

Laila's Sweethearts


Musim mendaftar anak. Laila and kids, sewaktu mendaftarkan Imam di UiTM Machang tempoh hari.
Dari kiri: Iqbal Sadiq,Ili Nadirah dan Imamul Syabir.
Foto : fb Laila, tq

Foto Terkini Johar shuib & Famili


Johar bersama keluarga tercinta. Anak sulung Johar berjaya melanjutkan pelajaran di Art & Design, UiTM, Tahniah !
Johar kini di fb... Jom Add !

Fadzil & Family


Fadzil dan keluarga di hari pentauliahan anaknya. Tahniah

Monday, June 28, 2010

Hingga Akhir Nanti


Enjoy this nostalgic piece...

Akif & Nora



sekali pandang macam Loganathan Alleycat....
foto dari fb Nora, tq

Thursday, June 24, 2010

Delima 1986


Kasran, Akashah, Aziz dan Zul Shariff.
Foto dari fb Akashah, TQ

Wednesday, June 23, 2010

Akif & Nora's Beau



Lawa-lawa anak-anak Akif dengan Nora ni...
Mari saya cuba ingatkan nama-nama anak-anak manis ini.
Dari kiri: Qabeela Dina, Al Aina, Aishah Diba, Ilham dan Hanan.Kalau salah, betulkan ye Kip.
Mail tu, mulalah nak panggil Akip, Abah tu...

Monday, June 21, 2010

Sri Kedah (Pagi lah Pagi)

Lagu yang mengingatkan kita pada Fadzil... Nikmatilah!

Sunday, June 20, 2010

Bertemu Yati Fine Art


Jumaat lepas kami ke Melaka dan berkesempatan bertemu dengan Rohayati Kamaruddin di rumahnya yang terletak berhampiran dengan komplek sukan Jebat . Yati dan suami mempunyai empat anak lelaki dan dua perempuan, berumur antara 22 hingga sepuluh tahun.
Kami dijamu dengan durian dari kebun belakang rumahnya.

Perjumpaan yang manis ini merupakan pertemuan setelah lebih 20 tahun tak berjumpa. Kami berharap agar dapat ke sana lagi. Terima kasih Yati dan Sabri dan juga anak-anak kerana sudi melayani kami walaupun dengan kunjungan yang mengejut ini.

Eta's:
Seronoknya dapat jumpa Yati...
Kami sebenarnya kongsi banyak perkara sama - tarikh lahir 6 Januari 1964, dept., sama ATD, sama-sama sangkut PTK, dan sama-sama menduduki peperiksaan PTK 44 buat kali pertama baru-baru ini. Cuma bezanya Yati adalah ketua bidang.

Terima kasih Yati dan keluarga. Panjang umur, ada rezeki, jumpa lagi. InsyaAllah.

Saturday, June 12, 2010

Young Jeffery



Young sewaktu melawat saya di perkampungan Pelukis Conlay pada 2003 dahulu. Young masih bujang dan tinggal di Gopeng Perak, mengusahakan ternakan kambing Boer secara besar besaran. Selamat maju jaya Jeff

Wednesday, June 9, 2010

Wajah Terkini Khir B


Foto dari fb Don, Don baru lepas jumpa Khir di kampungnya di Pahang. Hanya foto, tanpa berita lagi.
Khir selalu lintas di hadapan rumah saya di Taman Sri gombak sekitar 01 - 03 dulu, semasa beliau bekerja di Taman Bolton, Gombak. Tidak ramai yang tahu akan perkembangan terkini Khir, kerana beliau dari dulu lagi seorang yang pendiam.
Saya pun merindui sahabat baik kita ini.
Semoga Khir berjaya dalam apa jua yang diusahakan.

Terima Kasih Don.

Wednesday, June 2, 2010

RENUNGAN HARI INI

ASSALAMUALAIKUM WBT

'ABDULLAH BIN 'AMR BIN 'AL 'AS REPORTED THAT RASULULLAH SAW SAID:
VERILY ALLAH DOESNT TAKE AWAY KNOWLEDGE BY SNATCHING IT FROM THE PEOPLE BUT HE TAKES AWAY THE KNOWLEDGE BY TAKING AWAY THE SCHOLARS
SO THAT WHEN HE LEAVES NO LEARNED PERSON,PEOPLE TURN TO IGNORANT AS THEIR LEADERS,THEN THEY ARE ASKED TO DELIVER RELIGOUS VERDICTS THEN THEY DELIVERED THEM WITHOUT KNOWLEDGE,THEY GO ASTRAY AND LEAD OTHERS ASTRAY.

BOOK 34 HADITH NO:6462

SAHIH MUSLIM THE BOOK OF KNOWLEDGE (KITAB AL 'ILM)

Tuesday, June 1, 2010

That's What Friends Are For


That's what friends are for....