Saya menerima sms dari Dato'Bob :
'Salam, dah tengok Napi kat hospital?'
Vrusshh... jantungku berdegup kencang, tapi si Bob ni selalu bergurau, aku jawab untuk kepastian.
'Wak Napiah ka? dia sakit apa? kat spital mana?'
Bob forwardkan sms yang dia dapat dari Pak Ngah Mail:
'Bob,Wak Napi kat tingkat 10 bilik 21, menara timur, hospital universiti kl, nak operate jantung hari khamis ni'
Petang tadi aku kesana dan berjumpa dengan Bob di dalam lif, di tingkat 10, sebaik masuk kedalam bilik, Ijah dan Nana sudah di sana. Napiah nampak tenang, operation bypass dijangka besok petang. Napiah ditemani isteri tercinta. Kalau dah berjumpa dengan Bob, susah lah nak serious, ni tempat orang sakit ni, kesian kat Napiah terpaksa tahan gelak.
Banyak berdoa Napiah InsyaAllah semua akan selamat.
Selepas bersalaman dengan Napiah kami ke Hospital pakar Damansara pulak untuk bertemu dengan Jin@ Sanusi. Jin sudah seminggu di Malaysia kerana abangnya terlantar sakit Cancer disitu. Bersembanglah kami di sebuah warung berhampiran sampai kedai tutup.
'Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah sahabat kami Hanafiah dan permudahkan segala urusan beliau dan percepatkan lah agar beliau sembuh seperti sediakala, dan kurangkanlah penderitaan kekanda kepada sahabat kami Sanusi agar beliau segera sembuh. Hanya pada Mu Ya Allah kami bermohon. Amin Ya robbal'alamin'.