Monday, May 4, 2009

Don Budak Penang


Dulu.
Nama Don Budak Penang selalu digunakan oleh abang kita ni, samaada di barangan, atau meja atau corner beliau semasa di ITM dulu.
Don seorang yang lemah lembut dan mengambil berat tentang kawan dan keadaan sekeliling. Don gemarkan lagu lagu lama dan lagu yang tak dapat saya lupakan adalah lagu 'Norlela' Suara Don sangat merdu, dan dia juga begitu pandai bermain gitar.Kami begitu menggermari lagu lagu Don McLean dan Bob Dylan. Don akan membawa keset Bob Dylan dan kami akan cuba menangkap lirik lagu nya bersama.
Don juga sangat natural dalam memberi komen terhadap sesuatu dengan secara humor tapi penuh dengan kebenaran.
Tapi....., Don seorang yang pemalu dan merendah diri. Dia tidak akan menyanyi kalau kami meminta, jadi apabila dia bernyanyi kami semua diam dan menghayati.
Kekadang bila malam di studio kami akan padamkan lampu dan Don akan memetik gitarnya sambil menyanyikan lagu lagu yang begitu shahdu dengan penuh emosi.


Sekarang.
Don ,Guru, Guru senilukis yang amat dihormati.
Masih seperti Don yang dulu,selalu bertanyakan khabar dan menghubungi kawan kawan.
Kalau melalui Plus ke utara, kalau tak singgah rumahnya di Sungai petani, pasti Don akan berkecil hati. Don kita ni seorang yang gemar menerima kunjungan kawan kawan. Kalau dah di rumah dia, habislah kita diraikannya, dengan berbagai layanan. Begitu juga dengan isteri nya yang akan menjamu kita dengan bebagai juadah, dan tak cukup disitu, kepulangan kita akan di iringi pula dengan berbagai bekalan.
Don Budak Penang.

3 comments:

  1. Don, kalau nyanyi lagu Ebiet... Fuh tangkap syahdu! Di sekolah saya kena tubuhkan kumpulan Puisi dan Lagu untuk pertandingan, masa tu teringat la kat member kita ni, pasal saya ni buta terus pasal muzik.

    ReplyDelete
  2. assalamualikum, lenon TQ v much for this posting dpt juga aku tgk gambor kawan kita don,,aku ada belajor main gitar ngan don kat ITM, sampe ari ni tak pandai2 lagi!!! dah tgn kayu bab main muzik!!!

    ReplyDelete
  3. Salam A.lenon.tq 4 da posting. U, Don, Hanapiah, Sanusi dll ada kelas tersendiri untuk kami dak2 AD 83. u ols Ada stail, gaya n keunggulan..seperti kata Tajali 26 taun nan lampau, orang Art ada Ego tersendiri, tapi jangan biarkan Ego itu membenam dan menguasai diri bcoz u will failed. so utk cik lenon syabas!u tetap seperti dulu, x berubah kcuali makin hensem,,heeeeeeeee

    ReplyDelete