Semalam secara spontan Adibah anak aku ajak keluar, kerana dah lama tak bawa mereka ke mana, kami pun keluar menuju ke Ulu Klang, ke zoo negara.
Zoo negara seperti biasalah, tapi terhibur juga melihat telatah anak teruja melihat haiwan.
Yang menariknya, selepas itu, kami singgah di pejabat atau studio kawan kawan AD82 Bloggers. Ofis Cik Mail Waris kita di UK Perdana dan kebetulan Bro Pendi dan Addi ada di sana.
Wah, hari minggu pun sibuk di ofis, syabas. Aku terasa seronok bila melihat kawan kawan AD82 kita bersama. Studio Cik Mail pun ada semacam punya sentuhan dan 'feel'. Tak hairan lah kerana tiga dari batch AD82 ada di situ.
Anak anak aku pun sibuk posing sana sini. Kami akan ke sini lagi untuk menjamah ubi rebus yang sibuk dipromokan . InsyaAllah.
Mail and Addi, thanks for the hospitality, Bro Fendi, thanks for the tea and tongkat ali.
Kids with Bro Fendi..
Anak anak bergambar dengan Pak Ngah..
Addi, with Eta and kids..
Posing gile
The AD82 bloggers, 'piquant', 'pak ngah waris',' kacip usang' and 'rupa tinta'
Mr Gadget at work..
wah meriah nampak...ada projek besar ke hari ahad pun kerja?...siap ada mesyuarat ad bloggers lagi...ada ape2 perancangan ke untuk ad bloggers
ReplyDelete