Wednesday, October 14, 2009

Drawing Marathon USM Penang 09 (Day3-Siang)


Semangat untuk memulakan marathon...

Kami dah bersiap sedia untuk bermarathon, tapi sebelum tu Mpl syorkan kami bersarapan roti canai sedap dulu kat town.
Roti canai masyhur Jalan Agryll dekat Transfer road, mesti cuba!...
Kedai nya tersorok di bangunan lama sudah berpuluh tahun tapi pengunjung nya ramai, pengunjung menjamu selera di tempat lapang di hadapan runtuhan rumah lama yang telah ditinggalkan. Sewaktu kami di sana banyak pengunjung sedang menikmati sarapan sebelum masuk kerja.
Rotinya biasa sahaja tapi yang istemewanya adalah seketul daging lembu sebesar buah golf yang dihidang bersama, rasanya..., tak pandai saya nak cerita, tapi sampai hari ini saya masih teringat-ingatkan nya.
Kalau ke pulau jangan lupa mencubanya, tapi kedai ini akan berpindah ke tempat berhampiran, mengikut poster yang ditampal di situ.

Kami sampai di USM sedikit lewat dari peserta lain. Kami juga telah menerima sms dari Shahrul, menanyakan hal kami.
Setiba di sana, pelukis lain telah pun memulakan marathon mereka.


Mie Paklah at work...

Kami disediakan dengan kertas lukisan berbagai saiz termasuk watercolor-papaer berbidang 5 kaki. Apalagi...bedal!


shooksketch, view more here


Sharifah, non stop sketching...

Peserta marathon terdiri dari, empat pensyarah muda dari fakulti senilukis. UiTM, Machang, empat pelajar tahun akhir, jurusan seni halus,USM, enam pelajar dari KDU Penang, Pelukis Dato' Mahsun Taib, Sharifah Mazwari, Patrick Lasak, Wendy Grace Allen dari N.Zealand, dan kami yang dikenali hanya sebagai pelukis dari KL.


shooksketch



Ku Yee on his second large piece...

Studio merupakan sebuah dewan yang agak sederhana besarnya tapi cukup untuk memuatkan semua aktiviti melukis tetapi ianya dipenuhi dengan setting ala sekolah melukis dan ianya agak menyempitkan ruang. Ramai yang melukis setting tersebut, tapi ramai juga yang tidak. Settingnya agak berkecamuk dan objek objek yang di letak tidak mewakili imajan-imajan Pulau Pinang.



shooksketch with bitumen
Lihat lukisan yang terhasil di sini


Adnan Mat(Budak AD seventy something), a visit by an old time friend, also with USM,

Suasana agak menarik dengan kesemua pelukis begitu asyik menghasilkan lukisan, sehingga kami di jemput untuk makan tengahari. Kami juga tak henti- henti dikunjung oleh warga Universiti termasuk pelajar-pelajar seni di situ.


View from Mr Jalil's apartment- paronamic...

Kami melukis sehingga jam 4.00 petang, minum petang pula.
Saya, Ku Yee dan Mpl mengambil kesempatan untuk berehat sebentar dan kami di bawa oleh Mr Jalil untuk ke apartmentnya berhampiran Universiti.


Mr Jalil - future's art connoisseur, with Mie Paklah.

Mr Jalil adalah kawan lama Mpl dan seorang yang amat meminati dunia senilukis. Kami dapat menyaksikan beberapa koleksi lukisan beliau yang digantung di apartmant indahnya.


On the bridge at Penang's twin tower.


MPL



View from Penang's twin tower bridge

Dari apartment Mr jalil kami semula ke Universiti untuk meneruskan marathon.
Penat pada jam 7.00, kami bertekad untuk pulang dan freshen-up di hotel, kerana malam ini kami akan stay-up melukis sampai pagi esok.



Wan Soliana from UiTM Machang.

Mpl mengesyorkan agar kami makan malam siap-siap dan mengajak kami makan' nasi kandar beratur' pula. Ianya hanya sebuah warung kecil yang melekat pada satu sudut pagar masjid lama yang indah di persekitaran Armenian Street, yang kami melukis semalam.
Nama lagi, Nasi Beratur, jadi tepat pada namanya kami disambut dengan deretan orang yang sedang beratur untuk memesan makanan. Yang menariknya, signboard kedai juga ditulis sebagai Nasi Beratur.
Beraturlah kami dan rasanya, sedap, tapi ada sedikit kelainan dengan nasi kandar yang kami jamah dekat pasar Chowrasta semalam.
Saya pulang ke hotel dengan perut yang begitu kenyang.
Kami berehat sebentar dan menyegarkan badan untuk menyambung semula marathon nanti.


Hidawati Amin, also from UiTM Machang

1 comment:

  1. bro lennon lebih banyak merayap dari melukis...he2..ingat 24 jam melukis tanpa henti rupanya ada banyak break ya...

    ReplyDelete