Kami harus mendaftar diri di pusat pengajian seni USM di Minden (lebih kurang setengah jam perjalanan kereta dari hotel), pada jam 10.00 pagi. Oleh kerana terlalu letih dari perjalanan semalam dan tidur yang lewat kami agak tergopoh- gapah untuk ke sana dan tidak sempat bersarapan.
The front facade of the Cathay Hotel
The view of the blue Chinese temple seen from the hotel.
Entrance to Pusat Pengajian Seni USM.
Kami tiba di USM tepat pada pukul 10.00 pagi dan terus mendaftarkan diri. Setibanya kami di sana kami disambut oleh Prof Fauzan yang sedang sibuk menguruskan bahan pameran untuk presentation beliau.
Terdapat peserta-peserta lain yang sudah mendaftar lebih awal.
Kami berasa agak lapar kerana apapun belum masuk dalam perut. Minuman dan makanan ringan sudah tersedia di ruang legar tetapi ianya untuk selepas upacara perasmian.
Kami ke kafeteria berhampiran untuk bersarapan.
One with the favourite Teacher.
Kami diberi starters pack kit, yang mengandungi sekeping name tag program, beberapa batang pensel dan kayu charcoal beserta pemadam dan sebuah buku sketsa.
Keen ears during Prof Fauzan presentation.
Program di mulakan dengan ucapan oleh Dekan Pusat Pengajian Seni dan disusuli oleh pembentangan mengenai seni lukisan oleh Prof Fauzan.
Fauzan bercakap mengenai beberapa aspek dalam seni lukisan melalui contoh-contoh lukisan bekas pelajarnya.
Mr Shahrul, the hardworking host, Prof Fauzan and the Dean of Art studies.
Prof presenting his talk on drawing.
Zainal and the young UiTM lecturers from Machang Kelantan are all ears.
Part of the participants.
Prof Fauzan showing his latest work at the Fine arts studio.
Selepas penerangan oleh Fauzan kami di bawa melawat studio pelajar seni halus berdekatan dan berpeluang melihat perkembangan karya Fauzan yang terkini.
Kami agak kagum dengan karya terbaru beliau dan juga teruja dengan keadaan studio. Kami teringat akan suasana studio sewaktu di ITM dahulu.
Posing at the Fine Arts studio while admiring prof Fauzan's latest work.
Ku Yee photographing Fauzan's work.
Ternyata Prof Fauzan masih mempunyai drive untuk berkarya.
The mobile sculpture at the Arts studies building.
Selepas melawat studio seni halus kami dijamu dengan makanan tengahari sebelum kami di bawa melawat beberapa tempat yang mempunyai senibina lama di George Town.
Apa yang kami rasa sedikit kekurangan dalam sessi pertama ini adalah kurangnya penerangan tentang objektif dan perjalanan program kepada peserta dan juga kurangnya sedikit acara suai-kenal antara peserta.
Jamuan nasi tengahari tidak begitu menyelerakan kalau nak dibandingkan dengan makanan lain di pulau yang terkenal dengan masakan-masakan lazat dan istemewa.
Before lunch is being served.
Ku Yee photographing the classical temple near Armenean Street.
Kami dibawa ke GeorgeTown di kawasan yang terdapat banyak senibina klasik. Banyak bangunan-bangunan lama ini telah dibersihkan semenjak Pulau Pinang mendapat iktiraf bandar "heritage" dari UNESCO baru baru ini.
Penang's architectural heritage.
Lebuh Armenean road sign.
Classical ambience.
Oriental colors.
Tourist attraction.
A recently preserved old mosque.
Artist at work.
Satelah puas merayau dan mengambil foto, kami melukis di sebuah kedai kopi Cina lama sambil menghirup kopi- o enak. Kami juga mengambil kesempatan mengunjugi kedai art material berhampiran(Nanyang Art supplies) untuk mencari sedikit bahan untuk melukis.
Lihat lukisan yang saya hasilkan dalam sessi ini di SINI.
Yes, you can still found this.
Semalam kami sudah menelefon kawan kita di utara ini iaitu Saidon dan Akif, memberitahu yang kami berada di Pulau. Petang ini Saidon menelefon yang dia tak dapat bertemu kami kerana dia harus ke Putra Jaya malam ini juga atas urusan segera. Dia akan cuba berjumpa dengan kami sekembalinya dia dari Putra Jaya. Akif mungkin terlalu sibuk untuk bertemu kami.
And its one of the tasty mee goreng mamak around.
Penat melukis, kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati mee goreng mamak asli . Sedap!
Kami menamatkan sessi pertama marathon sekitar jam enam dan terus ke hotel. Malamnya kami diberi peluang untuk berehat kerana esok kami akan melukis selama 24 jam tanpa henti di studio.
Getting ready for more gluttonic adventure around town.
Malam ini, dua sahabat dari Pulau akan datang untuk membawa kami keluar makan malam. Saudara Mazri dan Saudara Jalil datang menjemput kami di hotel dan kami keluar mencari nasi kandar yang sedap dan popular berdekatan pasar chowrasta berhampiran Penang Road, di tengah-tengah bandar.
Setelah makan malam kami melawat sekitar padang kota lama yang dahulunya masyhur buat pengunjung ke Pulau Pinang. Keadaan agak mengecewakan kami kerana tembok di tepi perairan padang kota telah ditukarkan kepada tile moden, dan melenyapkan rupa klasik granite seperti asalnya.
Kami balik ke hotel sekitar jam 12.00 malam untuk tidur awal, kerana esok merupakan hari yang panjang.
Sewaktu mata hampir terlelap dek kepenatan, Mie mendapat panggilan dari Jalil lagi mengajak kami mencari late supper. Saya dan Zainal tidak berupaya keluar lagi kerana terlalu letih. Lagipun perut masih kekenyangan.
Mie keluar bersama Ku Yee dan saya terus lena.....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewell, well, bravo! Reading this entry mengingatkan I masa baca kisah EURO...the difference is this time lots and lots of pictures...how many more days to go?? hehehe...
ReplyDeleteYou forgot the roti canai daging lembu.?
ReplyDeletecerita yang menarik...bro sehari satu n3 ke...brapa lama n3 nya marathon...
ReplyDeletebravo