Friday, October 9, 2009

Penang, Art & Friends 09


Assalamuailakum,
Saya sampai ke Puncak Alam petang semalam , letih teramat.
Alhamdulillah, kami dapat melalui Drawing Marathon USM dengan jayanya.

Terlalu banyak hendak diceritakan dan terasa perlu diluahkan segera sebelum ianya sejuk.
Saya akan cuba membahagikan cerita atau pengalaman saya di sana dalam tiga bahagian.

Pertama peluang bersama kenkawan Budak AD dalam sebuah program seni. Ia akan meliputi keseluruhan kembara kami, Zainal, Mie Paklah, Tengku Sabri dan saya sendiri.
Dari mula bertolak , apa yang kami tempuhi, makan, bertemu kawan lama, rungutan dan keseronokan yang kami tempuhi dari aspek setiakawan dan deria seni.
Ini akan saya postingkan bersama foto-foto di dalam blog Budak AD82, dari hari ke hari, mengikut kemampuan uploading komputer saya.

Kedua saya akan menceritakan pandangan peribadi saya khusus kepada program Drawing Marathon dan ini saya akan postingkan di blog saya iaitu piquant di shukre.blogspot.com.

Ketiga saya akan postkan semua lukisan yang berjaya saya hasilkan dalam Marathon tersebut dalam blog shooksketch di shookseye.blogspot.com.

Dengan usaha ini dapatlah saya berkongsi pengalaman bersama dengan sesiapa yang ingin
membacanya. Sudi sudikan lah.

Terima Kasih.

1 comment:

  1. Welcome back Mastarji Lenon aka Tuan Rumah.

    Tahniah kerana berjaya menamatkan larian yang penuh bererti. Mungkin ia hadiah yang sangat bererti buat Tuan Lenon di usia ini. Kami sentiasa gembira membaca tulisan Tuan Lenon dan menghayatinya dengan jiwa2 seni.

    ReplyDelete