Monday, November 30, 2009

Lagi Budak AD80

Batch Ad80 ni rapat dengan kita batch Ad82 sebab diorang ni lah yang sambut kita masuk dunia AD, Mereka lah yang meng' induct' kita dan bak kata pepatah, 'first impression last'.
Sama seperti sesama kita, satelah tamat hidup di ITM, masing masing sibuk mengejar keperluan hidup dan walaupun masih senegara, kita tidak pernah bersua sehingga lah satelah lebih dua puluh tahun, beserta dengan adanya teknoloji, barulah dapat kita berhubung dan menjalinkan kembali silatilrahim antara kita.

Inilah antara beberapa abang kita, yang masing- masing telah menempa nama dalam bidang masing masing.



Bro Mazlan Latiff aka Odeng, garang ni waktu induct kita dulu... Odeng banyak menempa nama sebagai pengarah kreatif bersama arwah Yasmin, dimana kita dapat melihat sentuhan istemewa beliau dalam banyak karya-karya terbaik Yasmin.
Bro Odeng sekarang juga menjalankan aktiviti ATV atau aktiviti sukan bermoto di Larut Perak. Anda boleh mengikuti perkembangan beliau dalam facebook beliau.
Thanks Bro Odeng and good luck in whatever you are working on.
*teringat seluar jean koyak dan lusuh Bro waktu induction dulu.




Bro Bahaman Hashim, Fine Art, pernah memenangi beberapa award dalam dunia seni Malaysia. Meneruskan pelajaran ke Amerika selepas tamat ITM.
Bro Bahaman sekarang menjalankan aktiviti Diving dan merupakan diving instructor yang popular dan disegani ramai. Bro Bahaman masih di Shah Alam, dan saya pernah terserempak dengan beliau di pasar Ramadhan Shah Alam .
Sesiapa yang berminat dengan aktiviti Diving boleh lah mengikuti aktiviti Bahaman melalui facebook beliau.
Good Luck Bro Bahaman!


Bro Nazri Said aka 'E', Fine Art, sekarang menjadi guru di Sek Men Dato Syed Omar, Kedah.
Bro Nazri dikenali sebagai seorang yang mahir dalam 'Figure Drawing'.
Saya tak pernah berjumpa dan mendengar berita mengenai beliau sehinggalah sekarang.
Selamat bertemu kembali Bro E, dan saya berharap akan bertemu secara lahiriah dalam masa yang terdekat.
Selamat Maju Jaya.

No comments:

Post a Comment