Thursday, December 31, 2009
Malam Pesta Muda Mudi
Lagu diminta oleh Tuan Gemagong, sahabat karib kepada Pak Maon, dan ditujukan kepada semua muda mudi AD82 dengan ucapan, Selamat menyambut tahun baru 2010 dan' jom berpesta', hehe...
Tuan Aris, semoga bebahagia di samping tugas dan keluarga tercinta.
This one for you Sir, Enjoy!
Gema Gong
Tuan Aris kita bersama Sasterawan Negara, Pak Samad Said pada Majlis Bicara Saterawan Negara ke 10 di Muzium Shah Alam tempoh hari.
Untuk cerita selanjutnya, sila layari blog Gemagong di: http://gemagong.blogspot.com.
Wednesday, December 30, 2009
The Graphics Family
Tuesday, December 29, 2009
Latest Blog on the Block
Layari blog menarik saudara kita Haron Mokhtar (Fine Art) AD83 di http://homestayingallery.blogspot.com atau klik di link AD82 Bloggers di blog Budak AD82.
Tahniah Haron, makin besar networking kita.
Just when I Needed You Most
A beautiful number for your beautiful evening with your loved ones.
Enjoy!
Still Lingers
Monday, December 28, 2009
Sunday, December 27, 2009
Suddenly
Selamat petang,
Enjoy this beautiful song by Billy Ocean, while sipping your coffee either alone or with someone special on this lovely Sunday evening... Enjoy!
Saturday, December 26, 2009
Wan Perlis & Sheila
Potret Famili Wan dan Shiela.
Wan, sejak dahulu sampai sekarang mengajar di Trengganu. Cakap pun dah macam orang Ganu, dah tak bunyi Perlis dah. Masih hensem, masih macho. Lemah lembut dan berbudi bahasa masih seperti dulu. Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta.
Foto: Wan dan Shiela bersama anak-anak di suatu hari raya.
Di ambil dari Fb Wan.
Friday, December 25, 2009
In The Name Of Love
An energetic and nostalgic song from U2... reminds me of the good old 80s.
Good night and Enjoy guys!
Berasap
We even learn how to smoke... heheh!(macam macam kita belajar kat ITM ya!)
Dari kiri: Din Markon, Hari hari Hariri!(the chant that we use to sing during the campaign for Hariri as JPP for AD) sekarang Dr Hariri. The famous Aziz Tong Tong and Rizuan aka Wan Perlis. Terlindung belakang Aziz tu mungkin, Arwah Nazri... mungkin, tegur saya kalau salah.
Foto: Fb Am IDE, terima kasih Am.
Kawan-Kawan Di MMU
Thursday, December 24, 2009
Kisah Rumah Tangga
Selamat Malam.
A song requested by Rupa Tinta, a die hard P.Ramlee fan.
A song sung by Sheila Majid. This one for you Eta, Enjoy!
Budak AD82 Di Utara
Perjumpaan kawan-kawan kita di Sungai Petani, di Kolej Universiti Insaniah, tempat di mana Akif, Araz, Fuad dan PokNik bertugas. Lawatan oleh M Napiah, Don dan Rasyid.
Akif Emir, CEO Insaniah University College, selepas meninggalkan Lim Kok Wing.
Miss you very much Akif, will try to visit you anytime I'm on my way north, Insya Allah.
Araz, last met at Malam Secebis Merah, The Reunion, KL, 2006.
Mr Rashid, now at UiTM, Alor Gajah, Melaka. Last met in 2008 at UiTM, Melaka, while registering my daughter there.
Friends, Araz, Don, Rashid and Akif.
M, tak ada dalam foto, he's the photographer, I guess...
Araz, Akif and Rashid in front of Insaniah Univeristy College. Sungai Petani Kedah.
Foto: Dari FB 'M' Hanapiah, terima kasih M.
Ralat: Foto diambil oleh Don, sewaktu lawatan Rashid ke Sungai Petani, M tak ada dalam cerita pun, Foto dimasukkan kedalam FB 'M' oleh Don.
Terima Kasih Don untuk foto dan pembetulan.
ITM, Pre-Dip, Art & Design, Shah Alam 1982
Dari kiri: Malik Kerana( dapat nama ni sebab suka menyanyi lagu 'Kerana Kau'),
Mizi IDE, Lokman Textile,Zainuddin Markon,
Barisan hadapan: The IDE Brothers, Man, Soeip Am dan Led kot?
Atas Osman, saya tak pasti, nampak macam Johar FA,
Atas Soeip tu pun saya tak ingat nama dia... maaf no...
Yang tak ada kepala tu... lagi la saya tak kenal.
Kalau salah atau sesiapa yang tahu tolong jelaskan ya... Terima Kasih
Foto: ambil dari FB Am IDE, TQ
Wednesday, December 23, 2009
Rindu Malam
Let this beautiful kroncong song lullaby you to sleep tonight,
A melodious tune from Kartina Dahari... Have a good rest, wherever you are... good night and sweet dream.
Jumpa Geng
Geng cikgu Budak AD sesekali berjumpa atas tugasan. Dalam masa bertugas pun gamat jugak, tapi kerja jalan. Beres!
Dalam foto: Ema (Grafik /AD 82), Aini (Text/ AD 84), senior kita, Kak Eliza (Sori, lupa Kak Eliza dept apa), Ijah Pot (Pottery la, apa lagi...) Ros (Grafik/AD82).
Jejaka di belakang: Aris (Seni Halus USM) dan senior kita Megat (Fine Art final year masa kita pre-dip)
Teratak Pak Ngah Mail...
27 Tahun Berlalu...
'Kita semakin tua... dijamah waktu'- meminjam dari kata kata Prof Ponirin Amin.
Mari saya cuba menyebut nama-nama di dalam foto klasik yang diambil dari Fb Am IDE:
Dari kiri belakang, Fadil Aka Pagi lah Pagi, Osman Anim, Fendi aka berbagai AKA, Soeip, Led, Am,
Depan: Adam Fesyen, sekarang Cikgu, Young Jeffery(notice the kad makan, dalam poket atas), Di kiri Jeff,mmm... muka saya ingat, tapi maaf saya tak ingat nama, di mana sekarang ya? dan Badar from the Perlis Clan.
Tuesday, December 22, 2009
Times A Wastin
A song requested by Fa of Aint Super Woman,
Times A Wastin by Carl Smith and June Carter. Johnny Cash don't record this song as I discovered but it's a fantastic toe-tapping classic country song anyway.
So, Fa... this one for you, Enjoy!
M
Cikgu Hanapiah Abdullah aka 'M', adalah salah seorang suadara kita yang tak makan tua. Dari dulu sehingga sekarang masih maintain kehensomannya. M dari Fashion Design dan meneruskan pengajian ke pendidikan seni (ATD) selepas tamat pengajian. Kalau dulu, Omara lah yang menjadi sidekick nya di zaman AD. Omar pun sekarang seorang guru yang berdedikasi di Sik Kedah.
Terakhir bertemu M adalah pada perjumpaan di PD pada tahun 2005 dulu. M masih lagi berhubung dengan saya melelui telefon sekali sekala. Terakhir, kami di telefon adalah sewaktu saya bersama dengan Tolahah di Terengganu tempoh hari.
Kita boleh mengikuti perkembangan M melalui FB beliau.
Semoga M sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta, dan teruskan maintain kehensomannya.
Guru- guru seni yang berdedikasi, M bersama Don di KL tempoh hari.
Bersama blogger Secubit Rasa- Roslaini
M di samping keluarga tercinta- 'suatu hari di hari raya'
Monday, December 21, 2009
Budak IDE 1985
Don't Worry Be Happy!
Yowzaa, Yowzaa, Yowzaaa...!
Dj Shook is back!
Lets cheer up your Monday morning with this happy nostalgic song....
Don't Worry Be Happy!
Sunday, December 20, 2009
Sahabat Kita
Saturday, December 19, 2009
Kisah Pak Ngah Mail...
Perjumpaan BudakAD82 di Bukit Antarabangsa,KL
SEBENTAR TADI JAM 1.30 TGHARI...
Kunjungan Izahar (Am Perlis) dan keluarga ke KL
menghadiri pertandingan Brass Band anak perempuan
beliau di Stadium Bolasepak KL.
Am menalifon saya yang ketika itu berada dipejabat
lantas kami bergegas berjumpa beliau
di Jusco Wangsa Maju.
Khaled (Led) kebetulan berada di Craven Cafe
Bulit Antarabangsa. Saya dan Fendi membawa Am
berjumpa Led disana.
Osman (Man) dan Anim tak lepaskan peluang
untuk berjumpa dengan Am dan keluarga
beliau. Maklumlah kawan datang dari jauh.
Kembara Utara dulu beliau sambut ketibaan kami
semua...
Am bersama anak kesayangannya sempat
posing sebelum meninggalkan kami
untuk terus ke Kajang dan pulang ke utara
keesokan paginya.
Terima Kasih dari kami atas pertemuan
ini walau sesingkat masa namun apa yang
terpahat adalah rasa rindu, kasih dan sayang
sesama kami semakin menebal dan kekal selamanya.

Talian Kasih
16 Disember 2009
Kami bertolak dari Machang Kelantan setelah diberi sarapan nasi dagang oleh Cik Dah, kakak ipar Eta. Cik Dah lah yang banyak melayan kami sepanjang waktu kami di Machang.
Jam 10.00 pagi baru kami mula meninggalkan Machang, walaupun cadangan asalnya pada pukul 8.00 pagi.
Perjalanan dari Machang melalui Pasir Putih mengambil masa lebih kurang dua jam dan kami tiba di bandar Kuala Trengganu pada jam 12.00 tengahari.
Setiba di KT saya menghubungi Tolahah AD80. Saya mendapat mesej dari beliau semalam dan saya pun ingin juga untuk bertemu Tolahah dan keluarga kerana kami tidak pernah bertemu semenjak dia tamat ITM pada tahun 1984 dahulu.
Sebelum bertemu Tolahah, kami membawa Ilham (anak sulung) ke pasar MDKT dan Pasar Payang untuk mendapatkan beberapa barang keperluan sebelum menghantarnya balik ke kampus UMT.
Kami bertemu dengan Tolahah dan isteri serta dua anaknya. Mereka menjamu kami makan tengahari di salah sebuah restoran di KT.
So happy to meet Tolahah and family after all these years.
Tolahah mesra seperti dahulu. Saya amat terharu kerana Tolahah sudi bertemu kami, walaupun pada waktu itu, beliau sedang dalam sesuatu urusan. Kami bertukar berita tentang perkembangan masing- masing. Saya juga gembira kerana dapat berkenalan dengan isteri beliau Kak Nor juga seorang bloggers. Apa yang saya dapat lihat adalah kebanyakan isteri budak-budak AD, amat mudah mesra dengan kaum kerabat AD yang lain.
Terima kasih Tolahah, Terima kasih Kak Nor.
Eta with Kak Nor of the 'Secubit Garam' fame.
Eta wrote:
Seronok dapat berkenalan dengan Kak Nor Secubit Garam. Dia peramah orangnya. Walaupun pertama kali bertemu, tidak pula rasa kekok dan asing. Harap dapat jumpa lagi ya, Nor!
The collapsed stadium, before reaching UMT.
Kami menghantar Ilham ke kampus dan bergegas ke Kemaman kerana kami telah pun berjanji dengan Atip untuk sampai ke sana secepat mungkin.
Atip telah sedia menunggu dan memberitahu kami yang Hamid sudah menunggu untuk lunch bersama kami.
Saya juga amat terharu kerana Atip dari mula lagi telah menolong mencarikan hotel untuk kami. Atip juga sentiasa menelefon dari masa ke masa untuk mengetahui kedudukan kami.
Saya memang sudah lama mengidamkan untuk berjumpa brader sorang ni, apalagi semenjak berblogging dan lebih-lebih setelah mendengar suaranya buat pertama kali sewaktu saya berada di Machang. Saya telah putus hubungan dengan Atip semenjak pertengahan 90an sehinggalah blog AD dibina.
One for the album, infront of UMT campus before saying goodbye to Ilham.
Shafura Hotel front facade,Kemaman, clean and comfy.
* photo by Aint Super woman
Kami tiba di Bandar Kemaman pada pukul 8.30 malam, dan Fa menyambut kami di hadapan hotel, Saya amat gembira bertemu Fa atau ASW akhirnya, kerana sebelum ini kami hanya berinteraksi melalui dunia blogging sahaja. Ternyata, orangnya mesra seperti di alam maya.
Kami check-in dan Atip menjelma beberapa minit kemudian. Melihat Atip buat kali pertama setelah sekian lama berpisah, merupakan satu perasaan yang tak dapat nak diceritakan, malahan sewaktu pertama kali mendengar sura Atip melalui telefon tempoh hari, terasa debaran di hati seperti mendengar suara seorang kekasih yang sedang bercinta... ngeee.
Hamid aka Opah with Atip at Hamid's varandah after dinner.
Setelah freshen-up lebih kurang, kami bertolak ke rumah Hamid di Cherating, kerana emak Hamid telah menunggu dengan makan malam.
Lagi sekali saya terasa amat terharu, apabila sampai ke rumah Hamid.
Betapa besarnya hati ibu Hamid menyediakan masakan yang telah sedia terhidang setibanya kami di sana. Melihat ibu Hamid melayan kami, maka tahulah saya dari mana datangnya budi bahasa yang luhur yang terdapat pada Hamid. Terima kasih yang tak terhingga buat Makcik.
Kami tidak dapat bersembang panjang kerana Si kecil Najaa dah mula buat peel, mungkin keletihan.
Kami kembali ke Kemaman dan bercadang untuk bersembang di rumah Atip sahaja setelah menghantar anak-anak ke hotel. Saya memujuk Hamid agar turut serta kerana sudah lama kami tidak bersama.
Hamid, with Atip and Fa aka blogger 'Aint Super Woman'
*photo from ASW's blog
Tiba di rumah Atip kami disajikan dengan berbagai juadah dari Fa pula, beserta kopi o kaw, dan bersembanglah kami, mencungkil kenangan lama diselang- seli dengan perkabaran terkini masing-masing serta kawan-kawan.
Eta wrote:
Supper.
Hmm....karamel beserta peach memang kegemaran saya. Saya menikmatinya sebagai sarapan pagi di rumah Atip setelah saya tidak dapat menyertai hubby dan Hamid ke rumah Fa dan Atip malam itu, iaitu selepas makan malam di rumah Hamid di Cherating. Waktu telah lewat, dan Najaa dah 'buat perangai' kerana letih dan mengantuk. Cadangnya saya menyertai mereka setelah Najaa terlena, kiranya hendak 'menyelinap' keluarlah! Tapi lambat pulak si Najaa hendak lena walaupun saya tahu dia keletihan. Akhirnya terpaksalah saya minta hubby terus saja ke rumah Atip dan Fa, tanpa menunggu saya. Fa, so sorry.... Pertemuan dengan Fa singkat saja kerana Fa terpaksa ke Kelang pada keesokan harinya. Harapnya jika Fa dan Atip menghantar Qistina bersekolah di Kelang, mereka dapat mengunjungi kami di Puncak Alam.
Breakfast at Atip's
Keesokan paginya kami dijemput oleh Atip untuk bersarapan di rumahnya. Atip menyediakan sendiri sarapan buat kami kerana Fa telah bertolak ke KL atas urusan sekolah anak.
Atip dan Fa dikurniakan dengan lima orang cahaya mata yang lawa-lawa belaka, tetapi, empat di asrama, hanya yang kecil Asyik sahaja yang bersama mereka di rumah pada masa kini. Tak dapat lah saya nak bertemu dengan Qistina yang manis dan comel beserta tiga abang-abangnya yang handsome belaka.
Eta wrote:
Suami mithali, Atip, menyediakan sarapan untuk kami - nasi goreng beserta sambal tumis petai.
Rumah Fa dan Atip cantik dan ada karekter. Si daraku mulalah posing...
Abdul Wahab... Abdul Wahib... Abdul Wahuuub... atau boleh juga Do Re Mi mungkin juga Ramlee, Ajis dan Sudin!
Setelah bersarapan, kami memohon diri untuk meneruskan perjalanan kami.
Buat Atip, Fa dan Hamid, terima kasih kerana bersusah payah melayan kerenah kami.
Thanks for being a graceful host and please pardon us for not being a graceful guest.
Insya Allah kita akan bertemu lagi!
p.s : ASW, It's a pleasure meeting you and I still owe you a sketch!

Subscribe to:
Posts (Atom)