16 Disember 2009
Kami bertolak dari Machang Kelantan setelah diberi sarapan nasi dagang oleh Cik Dah, kakak ipar Eta. Cik Dah lah yang banyak melayan kami sepanjang waktu kami di Machang.
Jam 10.00 pagi baru kami mula meninggalkan Machang, walaupun cadangan asalnya pada pukul 8.00 pagi.
Perjalanan dari Machang melalui Pasir Putih mengambil masa lebih kurang dua jam dan kami tiba di bandar Kuala Trengganu pada jam 12.00 tengahari.
Setiba di KT saya menghubungi Tolahah AD80. Saya mendapat mesej dari beliau semalam dan saya pun ingin juga untuk bertemu Tolahah dan keluarga kerana kami tidak pernah bertemu semenjak dia tamat ITM pada tahun 1984 dahulu.
Sebelum bertemu Tolahah, kami membawa Ilham (anak sulung) ke pasar MDKT dan Pasar Payang untuk mendapatkan beberapa barang keperluan sebelum menghantarnya balik ke kampus UMT.
Kami bertemu dengan Tolahah dan isteri serta dua anaknya. Mereka menjamu kami makan tengahari di salah sebuah restoran di KT.
So happy to meet Tolahah and family after all these years.
Tolahah mesra seperti dahulu. Saya amat terharu kerana Tolahah sudi bertemu kami, walaupun pada waktu itu, beliau sedang dalam sesuatu urusan. Kami bertukar berita tentang perkembangan masing- masing. Saya juga gembira kerana dapat berkenalan dengan isteri beliau Kak Nor juga seorang bloggers. Apa yang saya dapat lihat adalah kebanyakan isteri budak-budak AD, amat mudah mesra dengan kaum kerabat AD yang lain.
Terima kasih Tolahah, Terima kasih Kak Nor.
Eta with Kak Nor of the 'Secubit Garam' fame.
Eta wrote:
Seronok dapat berkenalan dengan Kak Nor Secubit Garam. Dia peramah orangnya. Walaupun pertama kali bertemu, tidak pula rasa kekok dan asing. Harap dapat jumpa lagi ya, Nor!
The collapsed stadium, before reaching UMT.
Kami menghantar Ilham ke kampus dan bergegas ke Kemaman kerana kami telah pun berjanji dengan Atip untuk sampai ke sana secepat mungkin.
Atip telah sedia menunggu dan memberitahu kami yang Hamid sudah menunggu untuk lunch bersama kami.
Saya juga amat terharu kerana Atip dari mula lagi telah menolong mencarikan hotel untuk kami. Atip juga sentiasa menelefon dari masa ke masa untuk mengetahui kedudukan kami.
Saya memang sudah lama mengidamkan untuk berjumpa brader sorang ni, apalagi semenjak berblogging dan lebih-lebih setelah mendengar suaranya buat pertama kali sewaktu saya berada di Machang. Saya telah putus hubungan dengan Atip semenjak pertengahan 90an sehinggalah blog AD dibina.
One for the album, infront of UMT campus before saying goodbye to Ilham.
Shafura Hotel front facade,Kemaman, clean and comfy.
* photo by Aint Super woman
Kami tiba di Bandar Kemaman pada pukul 8.30 malam, dan Fa menyambut kami di hadapan hotel, Saya amat gembira bertemu Fa atau ASW akhirnya, kerana sebelum ini kami hanya berinteraksi melalui dunia blogging sahaja. Ternyata, orangnya mesra seperti di alam maya.
Kami check-in dan Atip menjelma beberapa minit kemudian. Melihat Atip buat kali pertama setelah sekian lama berpisah, merupakan satu perasaan yang tak dapat nak diceritakan, malahan sewaktu pertama kali mendengar sura Atip melalui telefon tempoh hari, terasa debaran di hati seperti mendengar suara seorang kekasih yang sedang bercinta... ngeee.
Hamid aka Opah with Atip at Hamid's varandah after dinner.
Setelah freshen-up lebih kurang, kami bertolak ke rumah Hamid di Cherating, kerana emak Hamid telah menunggu dengan makan malam.
Lagi sekali saya terasa amat terharu, apabila sampai ke rumah Hamid.
Betapa besarnya hati ibu Hamid menyediakan masakan yang telah sedia terhidang setibanya kami di sana. Melihat ibu Hamid melayan kami, maka tahulah saya dari mana datangnya budi bahasa yang luhur yang terdapat pada Hamid. Terima kasih yang tak terhingga buat Makcik.
Kami tidak dapat bersembang panjang kerana Si kecil Najaa dah mula buat peel, mungkin keletihan.
Kami kembali ke Kemaman dan bercadang untuk bersembang di rumah Atip sahaja setelah menghantar anak-anak ke hotel. Saya memujuk Hamid agar turut serta kerana sudah lama kami tidak bersama.
Hamid, with Atip and Fa aka blogger 'Aint Super Woman'
*photo from ASW's blog
Tiba di rumah Atip kami disajikan dengan berbagai juadah dari Fa pula, beserta kopi o kaw, dan bersembanglah kami, mencungkil kenangan lama diselang- seli dengan perkabaran terkini masing-masing serta kawan-kawan.
Eta wrote:
Supper.
Hmm....karamel beserta peach memang kegemaran saya. Saya menikmatinya sebagai sarapan pagi di rumah Atip setelah saya tidak dapat menyertai hubby dan Hamid ke rumah Fa dan Atip malam itu, iaitu selepas makan malam di rumah Hamid di Cherating. Waktu telah lewat, dan Najaa dah 'buat perangai' kerana letih dan mengantuk. Cadangnya saya menyertai mereka setelah Najaa terlena, kiranya hendak 'menyelinap' keluarlah! Tapi lambat pulak si Najaa hendak lena walaupun saya tahu dia keletihan. Akhirnya terpaksalah saya minta hubby terus saja ke rumah Atip dan Fa, tanpa menunggu saya. Fa, so sorry.... Pertemuan dengan Fa singkat saja kerana Fa terpaksa ke Kelang pada keesokan harinya. Harapnya jika Fa dan Atip menghantar Qistina bersekolah di Kelang, mereka dapat mengunjungi kami di Puncak Alam.
Breakfast at Atip's
Keesokan paginya kami dijemput oleh Atip untuk bersarapan di rumahnya. Atip menyediakan sendiri sarapan buat kami kerana Fa telah bertolak ke KL atas urusan sekolah anak.
Atip dan Fa dikurniakan dengan lima orang cahaya mata yang lawa-lawa belaka, tetapi, empat di asrama, hanya yang kecil Asyik sahaja yang bersama mereka di rumah pada masa kini. Tak dapat lah saya nak bertemu dengan Qistina yang manis dan comel beserta tiga abang-abangnya yang handsome belaka.
Eta wrote:
Suami mithali, Atip, menyediakan sarapan untuk kami - nasi goreng beserta sambal tumis petai.
Rumah Fa dan Atip cantik dan ada karekter. Si daraku mulalah posing...
Abdul Wahab... Abdul Wahib... Abdul Wahuuub... atau boleh juga Do Re Mi mungkin juga Ramlee, Ajis dan Sudin!
Setelah bersarapan, kami memohon diri untuk meneruskan perjalanan kami.
Buat Atip, Fa dan Hamid, terima kasih kerana bersusah payah melayan kerenah kami.
Thanks for being a graceful host and please pardon us for not being a graceful guest.
Insya Allah kita akan bertemu lagi!
p.s : ASW, It's a pleasure meeting you and I still owe you a sketch!
Salam...
ReplyDeleteSaya baru balik dari KL...Insyaallah, nanti saya download beberapa gambar kawan-kawan yang saya ambil....memang gembira jumpa kawan-kawan lama, walaupun dalam keadaan stress....
Shook... kalau ada apa-apa pertolongan yang dikehendaki pasal anak kat UMT tu bagitahulah. InsayaAllah kami akan bantu setakat yang terdaya.
ReplyDeleteTolahah
Roslaini, terima kasih,
ReplyDeletemasuklah foto kawan kawan kita tu di face book sama boleh kita share kat blog ini.
Salam Tolahah,
ReplyDeleteTerima Kasih, saya akan menghubungi Tuan jika saya berada di KT lagi dan Tuan pula hubungilah saya jika di KL. Salam pada Cik Nor.
Wah..! Tuan tanahhh..? Best betul journey tuann.!Anyway tahniah dan shukur alhamdulliah tuan selamat kembalii ke puncak..! Harap dapat banyak lagi posting2 tuan yg dapat kita kongsi bersama..mesti ada lagi tuuuu..?
ReplyDeletegembira baca posting bro n kak eta,, tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih Dekni, nanti kami nak pi serang rumah Ayeem dan Dekni pulak.Nak juga melawat kilang seramik Techno... boleh dapat cenderamata satu treler tak?
ReplyDelete