Hari ini selepas penat berkenduri semalam, kami ke KB dan Pantai Irama Bachok untuk menghilangkan lelah. Mula ke KB, di persekitaran pasar Buluh Kubu kerana anak- anak ingin mencari tudung dan untuk Eta mengintai kain.
Bandar KB semakin pesat membangun dengan kehadiran beberapa shopping mall baharu. Kami melintasi KB mall dan terlintas di fikiran akan tragedi beberapa hari yang lalu.
Masih terdapat penarik beca yang menjadi salah satu ikon KB, cuma penariknya tidak lagi ber semotar dan berkain batik seperti dahulu. Harga kain di pasar Buluh Kubu pun tak semurah dahulu.
Satelah makan tengahari di bandar, kami menuju ke Pantai bachok yang baru dua hari lepas kami lawati, kerana si kecil Najaa masih belum puas menjejakkan kaki di pasir pantai, dan pantai Irama Bachok lah pantai yang paling hampir dalam perjalanan.
Pantai Irama Bachok, ramai menerima pengunjung terutama di musim cuti ini.
Pantai Irama Bachok boleh tahan cantiknya, cuma kebersihannya tidak lah boleh dibanggakan,. Jelas mentaliti dan kesedaran rakyat dan pihak berkuasa terhadap kebersihan masih di tahap mengecewakan. Banyak sampah sarap samaada di kawasan persekitaran mahupun di pantai sendiri. Sampah sarap merata rata termasuk lah lampin pakai buang bayi bertaburan.
Tidak perlu untuk membina wakaf berbentuk perahu, atau tiang berbentuk batang kelapa dari simen, cukup dengan usha pembersihan dan akan terpancarlah keindahan alam semula jadinya.
Tidakkah mereka sedar bahawa alam yang telah dijadikan Allah ini sudah cantik dan hanya harus dijaga, dan tidak sedar kah mereka bahawa ini akan mencerminkan budaya dan pemikiran kita. Lagipun kalau ianya bersih, sudah tentu ia akan menggamit pengunjung dan membawa masuk lebih rezki kepada mereka. Bukan susah, pengunjung hanya perlu buang sampah di dalam tong yang disediakan dan pihak berkuasa hanya perlu membersihkan persekitaran terutama kawasan pantai.
Mujurlah tandasnya bersih.
Tebing konkrit yang dibina untuk elak penghakisan pantai
pijak pasir
Najaa dan Kakak mengutip kulit siput.
Satelah menjejakkan kaki di pasir dan menghirup angin Laut Cina Selatan, kami menjamu selera dengan berbagai hidangan colek di gerai- gerai yang banyak terdapat di sini.
Kami tidak dapat berada lama di sini kerana harus segera pulang ke Machang kerana ingin menonton Dikir Laba di sanggar budaya Prof Najib di Pangkal Meleret malam ini.
PERSEMBAHAN DIKIR DAN BERTEMU SAHABAT LAMA DI PANGKAL MELERET
Kami bergegas pulang dari Bachok dan menyegarkan badan sebelum ke Pangkal Meleret yang tidak jauh dari rumah Eta.
Sesampai di sana, kami disambut dengan bunyi serunai kelantan yang menandakan yang persembahan baru bermula. Bunyinya begitu menggetar perasaan dan kami tahu bahawa kami akan mengalami satu malam yang indah di sini.
Kota Rimbun merupakan the brain child of Prof Najib Nor satelah beliau pencen dari Uitm setahun yang lalu. KR terletak di Pangkal Meleret yang hanya lebih kurang dua kilometer dari bandar Machang. KR adalah dua rumah lama peninggalan keluarga Cik Najib yang di ubahsuai menjadi galeri, workshop seni dan pentas persembahan. Cik Najib telah lama mengimpikan hasratnya ini, dan kini terlaksanalah cita citanya. Sebuah tempat yang merupakan sanggar budaya untuk aktiviti aktiviti budaya negeri kelantan khususnya.
Dikelilingi dengan rimbunanan pepohon hijau dan diterangi dengan lampu di waktu malam, amat indah dan berseni suasana atau ambience nya. Di sebelah rumah kediaman yang begitu klasik binaanya terdapat sebuah lagi rumah yang dalam nya dijadikan galeri yang dipenuhi dengan lukisan-lukisan moden, tetapi masih mengekalkan unsur senibina lamanya.
A must visit for everyone, dan terdapat berbagai persembahan budaya yang diatur terutama pada setiap malam minggu.
Yours truly and Eta with Cik Najib dan Pak Engku(responsible for bringing in the cultural activities)
With Norma Nordin(red headgear), another cultural activist since the early eighties
Najib's effort for bringing the Kelantanese Culture back to life should be applaude.
Norma enjoying what she enjoyed most
Saya mengenali Najib Dan Norma semenjak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti teater semenjak di ITM lagi, dan berterusan sehingga ke tahun 2000. Dari zaman Center Stage di Bangsar sehinggalah yang terakhir semasa saya di Conlay.
Jadi pertemuan malam ini, selain dari ingin mendedahkan anak-anak kepada aktiviti budaya, saya juga amat gembira kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan lama and to bring back the old time feeling with old friends.
Pemain Serunai yang mengiringi persembahan malam ini
Malam ini kami bernasib baik kerana berpeluang menyaksikan a friendly match antara dua kumpulan dikir dari dua buah kampung. Dikir malam ini adalah dikir Laba, Dikir Laba adalah persembahan dikir yang berbeza dari Dikir Barat yang selalu kita tonton. Persembahan ini mengikut sejarah nya adalah satu persembahan dimana, petani petani berkumpul satelah penat bekerja di ladang atau sawah. Pakaianya adalah pakaian harian dan tidak elaborate seperti dikir barat. Formasi pemain pula berbentuk bulatan dan mengingatkan saya pada bentuk persembahan Kecak di Bali, cuma Kecak agak spiritual persembahanya, manakala dikir Laba lebih bersifat santai.
The musician, Gong, Gendang, Kercing
The unique formation and movement
Tepukkan tangan pemain yang kuat dan syncronise beserta harmoni vokal yang indah menjadi asas irama yang yang menarik dan memukau penonton, membuat kita terikut dengan rentak yang begitu bersemangat.
Kedua dua kumpulan akan bermula dengan memasukki gelanggang dan duduk dalam formasi dengan cara tersendiri.
Setiap kumpulan akan bergilir menyampaikan lagu samaada dari penyanyi utama yang digelar Jogho atau juara dan Tukang karut.
Menyaksikan persembahan dikir laba secara live memang menarik dan mengasyikkan. Persembahan pada malam in berjaya menarik lebih kurang seratus orang penonton.
Entrance to Kota Rimbun Cafe yang terdapat di perkarangannya.
Penat menonton persembahan dikir. kami menjamu selera di cafe Kota Rimbun, yang terletak diperkarangan tapak berkonsepkan cafe in the garden. Cafe yang begitu indah yang dikelilingi dengan berbagai jenis tumbuhan Haleconia dan di sinari dengan cahaya lampu di celah-celah pepohon mengindahkan lagi suasana.
Menu yang terdapat di cafe ini merupakan masakan kelantan, seperti nasi dagang, pulut kuning dan rendang, pulut beserta pingat pisang dan berbagai juadah-juadah kelantan yang lazat, dengan harga yang berpatutan.
The kids absorbing the ambience while waiting for the order.
Midah aka Hamid
Salah seorang lagi kawan lama yang sempat saya ketemu di situ adalah Midah.
Midah merupakan sahabat karib Norma dan Najib, Midah bekas chief designer di Selangor Pewter selama berbelas tahun dan kini mempunyai studio taman nya sendiri di Muar Johor.
Midah dan Norma di sini untuk memberi sokongan moral kepada Najib.
Seperti dulu-dulu, di mana ada Midah, anda pasti tak kering gusi denagan telatahnya.
Midah juga sedang menyiapkan beberapa buah sulpture di workshop di Kota Rimbun.
Hillarious chat with Midah ( Mohd Noor and family also present)
* Najib Nor(feshen), Normah Nordin(fine art) dan Midah(fine art) merupakan budak AD terawal ITM dahulu.
Old Friends, Me and Midah
Usha Cik Najib harus di beri pujian kerana berjaya menghidupkan kembali api seni di Machang yang dulu terkenal dengan tempat yang banyak dengan persembahan budaya seperti Main Petri dan Dikir. Syabas Cik Najib!
Kami pulang dengan gema dikir yang masih kuat terngiang-ngiang di kepala.
Oooh! what a day.... Alhamdulillah.
Besok kami akan berangkat ke Kuala Terengganu pula.
InsyaAllah kami berharap akan bertemu dengan beberapa saudara AD lagi.
Salam Shook,
ReplyDeleteLama tak bekomunikasi di sini tapi menjengoknya selalu. Waaa... jauh bercuti kali ni. Nampak seronok jumpa kawan kawan lama. i miss suasana begitu. Dapat sembang tentang perkara perkara yg sehati sejiwa dan mengeratkan lagi silaturahim. Alhamdulillah. Bila nak turun Johor?
Salam Maal Hijrah .
ReplyDeletesemoga 1430 diampuni.... 1431 dilindungi & dirahmati. Aameen.
Salam Bro Akow,
ReplyDeletememang seronok jumpa kenkawan apalagi kalau dah lama tak jumpa.
InsyaAllah kita akan bertemu satu hari nanti
Salam Maal Hijrah buat Tuan jua