Saturday, December 12, 2009

Mengubat Rindu Di Panji


Kami dijemput oleh saudara AD kita Mohammad Noor Mahmud(AD84) ke studio dan rumahnya di Panji, KB. Dua hari sebelumnya Md Noor telah datang ke Machang untuk bertemu. Md Noor, seorang guru di KB dan juga seorang pelukis yang prolifik.

Studio Md Noor terletak dalam suasana alam yang indah. Seni bena yang direka khas oleh Md Noor amat menarik dan mempunyai feel yang begitu indah dan memikat hati setiap yang mengunjung. Selain suasana yang dingin dan keredupan alam yang menghijau, kedengaran bunyian air dari kolam yang dipenuhi dengan ikan koi, menambahkan lagi kesyahduan yang mententeramkan jiwa.


Md Noor's heaven


My girls cant resist posing all over.


Cik Nor menjamu kami dengan minum petang bermenukan roti tempayan dan lompat tikam.


Lompak Tike, sedap dan cantik, Amna amat gemar akan hidangan ini. walaupun juadah ini ada terdapat di KL, namun kelazatannya tak setanding dengan yang di sini.


Kehadiran teman teman Ad, Taufik AD84 aka The Art Of My Life dan Abe Adzran AD 80 aka Konar Seni menambahkan kegembiraan. Kali terakhir ketemu Taufik lebih kurang lima tahun dahulu di Conlay dan Adzran tidak pernah ketemu semenjak tahun 1984, sehinggalah baru- baru ini, itu pun hanya di alam maya ini.


Easts Coast AD Bloggers meet.From Left: Md Noor, Konar Seni, Piquant, Art Of My life and Rupa Tinta.


Dari kiri, Cik Ani, isteri Adzran, Isteri Taufik. Cik Nor, isteri Md Noor dan Eta, bersama anak anak.


Md Noor, graceful host, entertaining us at the best Laksam in Panji.


The whole entourage, waiting for the Laksam.


By-T Laksam, a must try, Panji KB, on the way from HUSM to Sabak.


Taufik with lovely daughter and wife.


Adzran and Cik Ani.


Eta with Cik Nor, and sweet daughter.

Kami pulang dengan perasaan yang puas kerana dapat bertemu dengan teman- teman yang telah lama dirindui. Pertemuan yang manis ini akan senantiasa terpahat di ingatan kami.
Terima Kasih Mohd Noor dan Cik Nor for being a graceful host. Terima kasih Adzran dan Cik Ani kerana sudi datang meraikan saat saat indah ini dan terima kasih jua buat Taufik dan keluarga.
Perjumpaan petang ini jelas membuktikan bahawa ikatan kukuh yang terjalin antara kita
budak- budak AD sejak dahulu akan berterusan hingga ke akhir nanti. InsyaAllah.
"Semogo ketemu lagi dih..."

5 comments:

  1. fuyyyyyyyyyyyyo... seronoknyer.. Azran is a painter that I won't forget bcoz he drew my potrait once when we're still at our school. The rest... yet to figure out. Anyway, Nor's corner does make my heart flying to KB.. One fine day, while visiting our son we'll be there. Tak sabor nak jumper you all @ Kemamang pulok ork ork? Anyway, be xtra careful. Take care & see you guys soon.

    ReplyDelete
  2. thanks Atipo,
    Mohd noor Fine art two years my junior,
    Taufik tu adik Tajali,same batch with Md Noor.
    Yessir, we are looking forward to meet you guys too, but please dont trouble yourself sir

    ReplyDelete
  3. sesuatu yang istemewa tentang mat Noor...yang boleh saya ingat...isterinya pun nama NOr...jodoh kan....
    seronoknya..dapat jumpa kawan-kawan...

    ReplyDelete
  4. Wa seronoknya,, kita pun teringin nak pi ke teratak lawa tu,, Mat Nor,, Tahniah,, dia ni dulu pemuda pemalu,,hehe

    dan paling seronok tengok bidadari eta n lenon pakai sedondon,, n first time dapat lihat mrs Taufiq,, tq bro 4 da posting,, lama dah tak dapat baca posting sebegini dari u sejak jadi Deejay,,

    ReplyDelete
  5. Dekni,Terima kasih, memang lawa rumah Md Noor.
    Deejay bercuti buat sementara.

    ReplyDelete