Friday, January 8, 2010

Bulan Jumpa Kawan

Akhir bulan Disember 2009 dan awal tahun 2010 merupakan satu jangkamasa yang menemukan saya dengan ramai teman-teman AD yang sudah lama saya tidak bertemu. Ada yang dah bertahun tidak berjumpa dan ada juga yang berpuluh tahun tidak berjumpa semenjak tamat pengajian di ITM.
Saya amat bersyukur atas rezki yang dikurniakan Tuhan dengan perjumpaan perjumpaan ini.
Salah satu penyebab yang membawa saya kepada pertemuan-pertemuan ini adalah dengan usaha kita mewujudkan blog BudakAD 82 ini.
Pertama ia membakar api kerinduaan antara kita setelah membaca berita dan berhubung melalui blog ini, dan kedua kemudahan penyebaran berita dan keupayaan kita berhubung satelah kita bertemu dan bertukar-tukar nombor telefon.
Di bawah ini saya ketengahkan sekali lagi saat-saat manis secara turutan, perjumpaan-perjumpaan yang amat menyentuh kalbu antara saya dan teman-teman AD yang dikasihi.



Di rumah Mohd Noor bersama Taufik Abdullah FA (AD84)

Ianya bermula apabila saya dan keluarga pulang ke kampong Eta di Macang kelantan untuk menghadiri perkahwinan adiknya.
Saya memasukkan berita ini di dalam chatbox budak AD dan Mohd Noor Fa membacanya dan apabila kami di Machang, Mohd Noor datang berjumpa kami di situ, maka bermulalah sessi-sessi pertemuan yang amat manis buat saya dan keluarga saya.



Adzran FA(AD80)



Tolahah Txt(AD80) di K.Trengganu.



Bersama AtipTxt(AD81) dan Hamid FA(AD81) di rumah Atip di Kemaman.



Bertemu Ros Grafik, EmmaGrafik, Ijah Pot dan Eta FA(AD(82) di seksyen 11, Shah Alam.



Tuan Aris Sahit, datang melawat ke rumah saya.



Tengku Sabri Tengku Ibrahim dan teman-teman, melawat studio saya.



Bertemu Megat FA(AD79) di Shah Alam.



Bersama Taslim Dan Isteri Grafik(AD81) sewaktu kami mendaftarkan anak-anak kami di Kolej Seroja, UiTM, Shah Alam, tempoh hari.

7 comments:

  1. Tahniah diatas usaha murni tuann..Kalau ada Award Tokoh Maal Hijrah AD..hamba fikir tuan hamba layak menerimanyaa..teruskan menjejak keluarga AD yg lain..semoga Nawaitu tuan di berkati oleh ALLAH..( ekeke..Opps boleh pakai ke perkataan ini..)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mail,
    Tokoh maal hijrah AD ? haha...
    Tokoh budak AD paling merapu, boleh laa...

    ReplyDelete
  3. Saya sokong 100% atas usaha shook ini. Teruskan pencarian ini. Saya di AD80 tumpang semangkuk. Dunt woori, pahalanya tetap shook dapat. hehehehe.

    tolahah

    ReplyDelete
  4. Tahniah bro,,dan sudah tentu dengan sokongan isteri tersayang,, keep it up!

    ReplyDelete
  5. insyaallah kalau saya ke puncak alam, saya singgah rumah kalian berdua...seronok jumpa kawan-kawan lama ni...

    ReplyDelete
  6. Salam unknown,
    can you be kind enough to make yourself known?
    Teringin juga nak tahu, dengan siapa kami communicate ni...

    ReplyDelete