Sunday, June 20, 2010

Bertemu Yati Fine Art


Jumaat lepas kami ke Melaka dan berkesempatan bertemu dengan Rohayati Kamaruddin di rumahnya yang terletak berhampiran dengan komplek sukan Jebat . Yati dan suami mempunyai empat anak lelaki dan dua perempuan, berumur antara 22 hingga sepuluh tahun.
Kami dijamu dengan durian dari kebun belakang rumahnya.

Perjumpaan yang manis ini merupakan pertemuan setelah lebih 20 tahun tak berjumpa. Kami berharap agar dapat ke sana lagi. Terima kasih Yati dan Sabri dan juga anak-anak kerana sudi melayani kami walaupun dengan kunjungan yang mengejut ini.

Eta's:
Seronoknya dapat jumpa Yati...
Kami sebenarnya kongsi banyak perkara sama - tarikh lahir 6 Januari 1964, dept., sama ATD, sama-sama sangkut PTK, dan sama-sama menduduki peperiksaan PTK 44 buat kali pertama baru-baru ini. Cuma bezanya Yati adalah ketua bidang.

Terima kasih Yati dan keluarga. Panjang umur, ada rezeki, jumpa lagi. InsyaAllah.

3 comments:

  1. Alhamdullillah....
    dah lama tak dengar kabar Yati...terima kasih banyak-banyak...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya melihat pertemuan sahabat lama,, terimakasih bro lenon n kak eta untuk posting ni :-)
    Untuk kak Yati,, Hai kak yati, ingat tak kat dekni.

    ReplyDelete
  3. Sama sama Ros dan Dekni.
    Nanti nak pergi mengunjung Ros dan Dekni pulak, InsyaAllah.

    ReplyDelete