Monday, October 11, 2010

Raya Pics

Assalamualaikum,

Penat Raya masih terasa... masih sengal-sengal dan lenguh sana sini. Seluar pun dah ketat kembali...
Blog lama tak dikemaskini, bukan tak buka tapi masa dan keadaan tak mengizinkan.

Syukur kerana raya dapat menemukan dan melepaskan rindu kasih sayang pada keluarga dan handai taulan...
Saya sekeluarga sendiri begitu bersyukur kepada Tuhan kerana dilimpahkan dengan nikmat kebahagiaan ini.

Dari Kedah ke Kelantan, Trengganu dan kembali ke Puncak Alam, kami berpeluang bertemu sanak saudara dan kawan-kawan tercinta. Saya pasti kawan-kawan pun tak kurang terujanya mengeratkan silatul rahim antara kita.

Saya akan cuba memasukkan foto-foto pertemuan manis sepanjang Syawal ini.
Di sini saya paparkan beberapa foto-foto raya terkini saudara-saudara kita yang berjaya saya 'cut n paste' kan. InsyaAllah jika saya terserempak dengan foto yang lain akan di paparkan di sini.

Selamat bertemu kembali di alam maya dan terima kasih kerana mengikuti blog ini.




Hanafiah's


Mat Silah's


Laila's

No comments:

Post a Comment