Sunday, April 26, 2009
tANPA tAJUK
Semalam, 25 April,2009, Lenon membawa balik sebuah buku, judulnya TANPA TAJUK. Saya memang tengah teruja kerana saya baru saja menggendong balik beberapa buah buku dari pesta buku di PWTC. Ternyata buku sebuah yang dibawa balik oleh Lenon itu lebih mengujakan kerana tertera nama penulisnya, sahabat kita TG SABRI.
TANPA TAJUK bukanlah asing kandungannya kepada saya dan tentu juga kepada sahabat-sahabat yang lain. Beberapa kali jugalah kami membaca jurnal seni rupa yang Tg Sabri usahakan suatu masa dahulu. Cuma kali ini perasaannya berbeza sedikit kerana tulisan-tulisan kawan kita ini terkumpul dalam sebuah kompilasi berbentuk buku. Ini bukan kerja senang.
Seperti yang saya katakan tadi, beberapa tulisan dalam buku ini memanglah sudah pernah dibaca, namun mengulang-bacanya tetap menjanjikan suatu keseronokan. TANPA TAJUK memaparkan isu-isu dan pandangan Tg Sabri terhadap seni rupa tanah air. Terdapat juga jalur pengalamannya sebagai anak seni digarap dengan bahasa yang mudah dan memikat, selain catatan pendek yang memaparkan kedangkalan sebahagian anggota masyarakat terhadap bidang seni, khususnya seni halus.
Memang pembacaan kita diheret secara santai, namun isinya memaparkan persoalan yang boleh dan wajar kita fikirkan bersama.
Kepada sahabat-sahabat Budak AD 82, saya ingin mengesyorkan agar saudara-saudari memiliki buku yang amat bernilai ini dalam koleksi anda. Bukan kerana penulisnya kawan kita, tetapi lebih-lebih lagi kerana kandungannya.
Kepada QYee, saya mengucapkan syabas setinggi-tingginya. Saya sangat berbangga dengan penerbitan buku ini dan berharap akan dapat membaca banyak lagi tulisanmu. Tahniah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buku ni berape hengget?
ReplyDeleteKhas buat kenkawan AD82 hanya rm30, kalau kat kedai,lebih sikit... boleh terus order kat Qyee atau di kedai buku Mpl (Mie Pak Lah).Happy reading.
ReplyDelete