Wednesday, September 16, 2009

Lenon's Pick from Roslaini's Secubit Rasa

Tuesday, September 15, 2009
Jumpa Dekni di Facebook


Puan Azni Isa aka Dekni (budak AD83 - Fashion)

Maha Kaya Allah...itulah yang mampu aku katakan. baru saja aku menulis, aku rindukan kawan-kawan lama...tiba-tiba bila ku buka facebook bertemu sahabat lama ini meminta aku tambah sebagai kenalan.....

Azni Isa atau lebih aku kenali dengan nama Dekni, adalah rakan sebilik aku di Kolej Delima masa aku ambil Art teachers Diploma tahun 1990...Tapi cuma satu semester kerana lepas tu dia berkahwin dengan si buah hati Ibrahim.... tapi hubungan kami tetap berterusan. Dekni yang ku kenali memang cool... very understanding. Ceritalah apa jua masalah..dia memang pendengar yang setia. ( Masa tu memang aku ada masalah sikit....biasalaa....tengah bujang...)

Selepas posting aku masih jumpa Dekni.. masa tu dia di Gombak . Kemudian aku dapat tahu dia dah ke Amerika ikut suami ( Ibrahim - pottery ). Lepas tu aku putus berita tentang Dekni...

Kemudian, beberapa tahun lepas, ( aku tak ingat la pulak....) aku dapat tahu Dekni berpindah ke Kuala Kangsar, mengikut suami. Dengan bantuan seorang kawan, Raja Shiba..( juga rakan sekelas ATD) aku dapat bertemu Dekni di rumah sewanya. Memang seronok giler jumpa kawan lama... Dekni masih tak berubah masih ceria seperti dahulu...dan yang menyeronokkan bila bertemu masing-masing memperkenalkan anak-anak yang dah remaja.....
Tapi yerlah...faktor masa, keadaan dan macam-macam lagi...walaupun aku dah dapat jejak Dekni, tapi tidaklah kami berhubung selalu. Cuma sesekali aku tahu perkembangannya dari seorang teman yang kebetulan satu sekolah dengannya dan tidak pun dari Raja Shiba. ( Raja Shiba antara close friend sejak dulu....)
So..once again, thanks to internet.....aku jumpa kawan lagi....
p/s...maaf Dekni - ambil gambar dari facebook.

Tambahan.... kalau hari ini ramai gilakan fesyen manik dan seequeen... aku sebenarnya dah belajar dari Dekni menjahit labuci dan manik masa sebilik dengannya....kerana Dekni dari fesyen department.

Dicatat oleh Roslaini Saad di 7:03 AM

Terima Kasih Roslaini.
Layari blog Roslaini di SINI!

Kemudian saya pula jumpa Ibrahim Mohd Don, hubby nya juga kat Fb.


Ibrahim Mohd Don (budak AD 83 - Pottery and Ceramic )


Ibrahim, sekarang mempunyai bengkel Seramik sendiri di Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar. Tahniah dan Selamat Hari Raya buat Ibrahim dan Dekni sekeluarga.

9 comments:

  1. ha baru teringat...adakah mungkin azni yg ini pernah bertugas sementara di muzium selangor...tahuntak ingat kena buka fail...kalau betul...salam ingatan semula bersama kenangan di tempat bertugas yang sama

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Makacheh byk kat Uda,Lenon dan lain lain. Jasa kalian di kenang.Tahniah menjadi blogger yg menyatukan anak2 AD.

    ReplyDelete
  4. Betul dan benar belaka Aris.Its me! Saya la tu,yang sama dengan Kamaruddin,Lotfi, Nathan n Sapiah.Rasa baru semalam kita gotong royong masak nasi impit, lontong n kuah kacang di rumah u di Taman Sri Muda dengan Ita Shaari, Norlela dll. Anyway glad 2 c u back!

    ReplyDelete
  5. Thank You Azni,
    teruskan jenguk blog ini,
    salam pada Yeem.

    To Laishe, welcome to the club,
    keep on building your blog,
    we are looking forward to link it at AD82 bloggers list.

    ReplyDelete
  6. salam azni...pas ni bole la update blog awak ya...nak gak tahu perkembangan awak...moga keluarga sentiasa sihat dan di berkati Allah selalu...insaallah

    ReplyDelete
  7. Boss, nak pic nostalgic dak ad 79 n 83 tak.

    ReplyDelete
  8. ok Boss Aris. Insyallah i hupdate.hehe.bab ni maleh sket. u add je i kat facebook aznimatisa@yahoo.com le tgok hal ehwal terkini

    ReplyDelete
  9. azni,
    pic budak AD tahun brapa pun kalau ada?
    kecik tapak tangan... email atau fb saya tadahkan.
    thanks.

    ReplyDelete