Saturday, October 3, 2009

USM 1st International Drawing Marathon Penang 09

Assalamualaikum.

Besok saya akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menyertai 1st International Drawing marathon yang dianjurkan oleh USM.
Program marathon lukisan ini akan berlangsung selama 3 hari, dan warga AD diwakili oleh 4 pelukis iaitu: Saudara Zainal Abidin Musa(AD79), Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Suhami Abd Wahab aka Mie Paklah dan saya sendiri.

Kami akan berkampung di USM bersama dengan pelukis pelukis lain dari dalam dan luar negara. Kami akan dibawa keseluruh Pulau Pinang untuk melukis dengan pendekatan tersendiri dan program akan disudahi dengan sebuah pameran di USM.

Doakan penyertaan kami agar mendapat menafaat samaada keatas perkembangan seni kami khususnya dan perkembangan seni tanah air amnya.

Saya akan cuba untuk melapor samaada melalui posting atau chat box, jikalau saya berkesempatan untuk ber'online'. Jika tidak, saya akan ceritakan pengalaman kami bersama foto foto satelah kembalinya kami dari program tersebut.

Sehingga kita bertemu lagi, doakan juga keselamatan perjalanan kami pergi dan balik,
InsyaAllah.
Terima Kasih.
Lenon Budak AD.

3 comments:

  1. salam shook & yg lain yg menyertai marathon penang...
    Saya di sini doakan anda semua selamat dan mendapat redha Allah dgn apa jua yg anda lakukan... Aamin.

    ReplyDelete
  2. Selamat Maju Jaya abg Lenon dan kerabat AD.Mudah2an meletops di USM.hee

    ReplyDelete