Tuesday, April 6, 2010

Kembara Eropah 2 : Prelude 3

Februari 2010
2 minggu sebelum bertolak.

Eta dengan wajah yang risau:
"Kalau, tak ada belanja, macam mana?"
"Tak pegi la, hangus lah tiket tu..."
"You macam tak risau aja?"

Risau.., hanya Tuhan yang tahu. Dah berminggu aku cuba menalipon dan menghantar sms kepada semua 'Collector' yang pernah membeli lukisan aku. Belum ada yang respon positif lagi.

Aku hantarkan sms ini kepada 5 orang kolekter ku:

'Artist going to Europe this March. Need financial help. Please buy my paintings.'

Dua- senyap.

Datuk M: " I say man... wrong timing la Bro, tapi time tu aku ada kat London, kalau hang ada problem, hang call aku"

Mr C: Balu sudah new year, mau cap goh meh lagi, susah mau dapat wang maa... but I'll try to get one K for you... but no promise aah...

Tuan Z: Nak pakai banyak mana? bagi account no.

Alhamdulillah... Thank you very much sir!



1 minggu sebelum bertolak.

Macam mana ni, account masih kosong. Nak remind Tuan Z, segan lah pulak, lagipun dia orang busy. Mr C pun senyap aja ni.

Lecture di UiTM telah ku setkan kerja buat pelajar sepanjang ketiadaan ku. Beberapa kelas telah ku adakan in advance.
Jin, Faris dan Jack sudah sedia menunggu.
Tapi, duit... zero!

Aku selesaikan dahulu bil-bil terutama internet, penting ni, communication with family.


3 hari sebelum bertolak.

Account masih kosong. Panik melanda.

Mr C : "you nak push-off Monday ya, I'll try to drop at your place before that".

Tuan Z: "pasal hang tak remind, aku lupa, aku ingat lambat lagi"


2 hari sebelum bertolak.

Mr C : "sorry la bang, aku kena ambil anak kat sekolah, tengok esok malam macam mana"

Tuan Z : " aku tak ada account maybank, aku kat oversea pulak ni, tak pa, hang jangan risau, I'll make sure that it will be transfered before Monday"


Aku terpaksa guna apa yang ada untuk pergi mendapatkan long john, jumper, stokin dan 'cap' kat SACC, Shah Alam. Jin dan Jack dah lama mengingati aku tentang hal ini.
Nak beli windbreaker, mak ai mahal la pulak, nak pinjam kat adik ipar, dia pulak sedang travel di New Zealand.
Kasut aku pun dah macam mulut buaya, nak beli baru?
Aku ke Shah Alam Central untuk menggantikan tapak baru saja, kasutnya masih baik.


Hari sebelum bertolak: Ahad 28 Feb 2010

Aku ke Shah Alam untuk mengambil kasutku, kemas buatannya, aku tersenyum kerana mengambil langkah yang bijak dan tidak menggunakan belanja yang besar. Tapi banyak yang belum tersedia, bag, jeket, tukar duit ke Euro, tube untuk bawa lukisan, rokok dan lain lain lagi.
Masih belum ada berita samaada dari Mr C atau Tuan Z.

Aku ke KL untuk mencari tube lukisan dan melawat Abang Man Shah. Dia ni macam abang aku lah, tujuh tahun berjiran sewaktu di Gombak dahulu. Ralat rasanya kalau tak menghadap dia sebelum perjalanan begini, lagipun dah lama tak jumpa. Kami ke Artist Colony Jalan Conlay untuk bertemu teman teman pelukis di sana. Ini pun keluarga aku juga, kena 'babai'.

Selepas Conlay, kembali ke rumah Abang Man di Sentul dan aku menghubungi Ben.

"Ben, ada jeket, boleh aku pinjam?"
-"Tunggu, sat aku sampai"

Aku pulang dari Sentul dalam jam 10 malam setelah bersama Ben dan Abang Man.

Setiba di rumah, fonsel bergetar-message.

Tuan Z: dah masuk Rm 5,000. Enjoy your trip.
Alhamdulillah!

Fonsel bergetar lagi...

Mr C: Abang, saya sudah masuk rm 1000. Have a wonderful time.
Thank You.

Terus aku call my ever reliable Bro gadget aka Magnum aka Pendi:

Bro, I need you tommorrow, early in the morning sehingga ke LCCT before 2pm.
-OK
Banyak benda nak kena solve and settle before take-off.
-OK
See you tommorrow Bro, Thanks
-See You.

Now, I can start packing!



5 comments:

  1. Shukri..betul laa orang kata, kalau kita ada nekad dan keinginan yang bersungguh, Allah akan beri jalan untuk kita untuk mencapai impian dan keinginan kita. Sebab tu kadang-kadang saya heran bila orang kata tak ada duit tapi boleh mengembara sampai ke Eropah.....Semuanya bermula dari 'Mind Set' kita sendiri untuk mencapai apa yang kita inginkan....

    ReplyDelete
  2. boleh bagi no.tel Tuan Z? hehehehe....

    ReplyDelete
  3. Ros, betul3,tq.

    Fa, Tuan Z tu memang kaya-raya, pemurah dan baik hati orangnya.

    Terima kasih Fa dan Ros kerana sudi mengikut coretan saya, semangat lah sikit nak bercerita kerana tahu ada yang berminat.

    ReplyDelete
  4. ramai yg baca, ramai yang minat, tapi tak tinggal komen je. Okay, next episod pulak.

    ReplyDelete
  5. btol3..
    rmai bce x rmai komen..
    cth nye: ilham~~

    ReplyDelete