Walaupun perjalanan yang akan saya lalui pada kali ini merupakan perjalanan menjejak teman seperjuangan, ianya juga merupakan peluang yang baik untuk saya melawat tempat tempat di Eropah yang belum dan ingin saya lawati sebelum ini.
Perjalanan sebegini amat bermakna kepada pelukis kerana sememangya manusia perlu melangkah keluar. 'Jauh perjalanan luas pemandangan'.
Bagi insan seni pula ia menjadi satu keperluan untuk menyuburkan dan merancakkan lagi nadi serta deria seni di dalam diri.
Pelukis perlu mengisi minda dan jiwa dengan berbagai pengalaman visual, bau, bunyi dan tekak yang baru bagi dirinya. Perlu membuka deria jiwa kepada segala apa yang akan ditempuhinya dengan perhubungan antara manusia yang lain.
In simple words:' open and absorb'.
So, the plan is like this:
Kalau trip pertama dahulu, kebanyakkannya disekitar bandar bandar besar, Florence,Venice, Milan,Paris dan London, kali ini ia akan lebih keluar sedikit.
*Ingin bersama Jin di Weymouth. UK, Dah lama melihat semenjak berblogging, dan jumpa JIN!!!
*Ingin bersama Faris, anak buah penuntut bidang Engineering di Gelsenkirchen, Germany.
*Ingin menerima pelawaan teman pelukis Johnny Jack Hansen dari Denmark untuk tinggal bersamanya dan mencari peluang berpamiran di sana.
*Ingin lawati Kota Amsterdam.
Perbezaan kali ini juga pada the 'nature of travel',
Kalau dahulu, ianya bergerak mengikut kaki, bermaksud atas keputusan sendiri samaada tempat dan jangka waktu, tapi kali ini ianya lebih terancang dan kesemua tempat yang akan disinggah mempunyai teman karib yang sedia menunggu untuk diraikan.
In simple words again, 'manja dan dimanjakan la sikit...'
Yang menunggu :)
Jin aka Sanusi (duduk dua dari kiri) Ad81
Foto : 1985
Lokasi sekarang : Weymouth, UK
Faris aka Peh, kanak2 lelaki berbaju putih dihadapan. Yang tak pakai baju di belakang tu lah Uncle dia!
Foto: sekitar 1990
Lokasi sekarang : Gelsenkirchen, Germany
Johnny Jack Hansen berkenalan semenjak 2002 di Perkampungan Pelukis Conlay.
Layari sini: http://shukre.blogspot.com/2009/02/jack-from-denmark.html
Lokasi sekarang: Nivo, Denmark.
No comments:
Post a Comment