Monday, April 5, 2010

Kembara Eropah 2 : Prelude 1

November 2009

"Maka canang pun dipukul orang lah, maka tahu lah segenap pelosok marcapada bahawa Arjuna akan berkelana ke negara tanah putih...."

Suatu petang di 'green corner' Miepaklah di PJ, fonsel saya bergetar...

Encik Ahmad Shukri Elias ?
Saya Faizah dari Orogenic Resources, PA Tuan Z.
Saya diarahkan oleh Tuan Z untuk menempah tiket penerbangan untuk Encik ke Eropah.
Tolong hantarkan travel itinery Encik bersama particulars passport ke e-mail saya di.....


E-mail saya kepada Faizah:

Salam Faizah,
These are the details of my travel.

Travel details:

07/12/2009 - Kuala Lumpur - London
13/12/2009 - London -
Dusseldorf
28/12/2009 - Dusseldorf - London - Kuala Lumpur


Keesokannya...

Encik Shukri, Saya difahamkan hanya untuk tiket Air Asia pergi balik ke London sahaja.
Tiket untuk waktu yang Encik hendak sudah habis, Januari boleh?

Alaa... macam mana ni, orang kampong semua dah tahu, Jack sekeluarga di Denmark dah menunggu untuk sama sama menyambut Krismas. Jin pun dah diberitahu. Terpaksa postphone lah nampak gaya nya ni....

Tak apa biar aku postphone sampai Mac 2010, waktu tu UiTM ada semester break, jadi tak payah ganti banyak kelas. Nak tunda sampai Mei takut lambat sangat. Lagipun boleh ada banyak masa lagi untuk kumpul duit.


Disember 2009

Sebelum bertolak ke Pantai Timur:

Encik Shukri, Faizah, saya nak comfirm tarikh travel Encik untuk buat tempahan.
1 Mac bertolak dari K.L ke London dan return 22 mac, OK?
Penerbangan Air Asia beserta makan.


Flight booked, there's no turning back!
Now, find money, lots of money!

Flight to London solved. Flight around Europe have been booked by my nephew Faris in Germany online.
Lodging; plan nak tumpang Jin in Weymouth, Faris in Gelsenkirchen dan Jack in Copenhagen.

Yang nak kena cari, duit belanja.
Dua puluh dua hari, paling tidak Euro 1 ribu, dah RM lima ribu tu, Nak tinggal kat famili kurang-kurang satu ribu. Nak beli long john dan segala keperluan untuk musim yang masih sejuk, Nak settle bil-bil... waaa mana nak cari enam-tujuh ribu ni!

2 comments:

  1. eeee...suspen! suspen! hehehe. Kalo kat sini Long John boleh cari, melambak kat bundle! hehe.

    ReplyDelete