Monday, April 12, 2010

Al-Fatihah. Takziah buat Keluarga Rosli Abdul Hamid aka Li Golok

Salam semua. Kepada semua warga AD82, kita telah kehilangan seorang lagi keluarga AD.
Sebentar tadi saya baru menerima berita tentang arwah Li Golok. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan tadi sekitar jam 11 pagi. Menurut sumber beliau mengidap kencing manis, paru-paru berair dan TB.
Al-Fatihah.

Sunday, April 11, 2010

Thursday, April 8, 2010

Kembara Eropah 2: @Piquant!



Teruskan mengikuti siri Kembara Eropah2 : kembara seni Shook aka Lenon, menjejak teman-teman seperjuangan seni di 4 buah negara di benua Eropah, di blog beliau 'piquant' di http:// shukre.blogspot.com atau klik di budak ad82 bloggers di blog ini.
Terima Kasih.

Wednesday, April 7, 2010

RENUNGAN HARI INI

ASSALAMULAIKUM

HADITH QUDSI

ON THE AUTHORITY OF ABU HURAIRAH R.A ,WHO SAID THAT RASULULLAH S.A.W SAID:

THE GATES OF JANNAH WILL BE OPENED ON MONDAYS AND THURSDAYS AND EVERY SERVANT (OF ALLAH SWT) WHO ASSOCIATES NOTHING WITH ALLAH WILL BE FORGIVEN,EXCEPT FOR THE MAN WHO HAS A GRUDGE AGAINST HIS BROTHER.ABOUT THEM IT WILL BE SAID: DELAY THIS TWO UNTIL THEY ARE RECONCILED, DELAY THIS TWO UNTIL THEY ARE RECONCILED.


RELATED BY MUSLIM ,MALIK AND ABU DAWUD

Kembara Eropah 2 : Kembara Bermula

Isnin 1 Mac 2010
Puncak Alam

Anak dan Isteri bersiap untuk ke sekolah, peluk cium beserta debaran.
The adrenalin have been pumping vigorously for the past days and its mounting. Selamat tinggal sweethearts... pray for my safety.

Bro Fendi arrives around 8.00am.
Baguih betoi Bro aku ni!

Two bags- check,
Passport- check,
Flight tickets- check,
Painting- check,
Duit?...
'Lets get moving Bro'.

Fendi secured my bags and supply me with a raincoat and muffler and a small waist pouch.
Bagi terus ke pinjam ni?
Bro - heeee....


click!...first photo.

Bismilahirahmanirahim....

Straight to the bank...., after a teh tarik at Kak Mah, Puncak off course.

TTDI Jaya.-ATM
Bukit Jelutong, - Eta, good bye lagi.
Giant- ciggy
SACC- Euro; RM punya la tebal tadi, bila tukar ke Euro, terus nipis!.

A leisurely quiet momment with ice coffee latte and a bite of 'big apple' with Bro, before another quiet leisurely drive to LCCT......

This 'checking in your mind' thinggy, won't ends until the plane takes off- tiket, anak, mengajar,passport,berus gigi, sinki dapur tak sempat baiki, kereta tak sempat servis,rumah tak ada orang, bill?,on and on....


LCCT. received a well wishes call from Addi, a call from Jack, following my trip from the beginning... and a few sticks of puff... Thanks Bro Pendi!

Flight Air Asia ke Stanstead, London, scheduled at 3.50 pm.
'Delay' sikit... boarding at 4 something, ramai pelancong Mat Salleh-90 peratus. Cina- empat lima orang, India- dua tiga orang, Melayu...

Baru nak adjust punggung, tak dan nak jenguk tinggkap, Kena turun balik ke waiting hall, angkat semua beg, apa ni?
Tak pernah dibuat orang.
Kapal terbang rosak sistem satelit, tak boleh take off....

Semua turun dan berderet kembali ke terminal bersama luggage, ada yg menggelegkan kepala dan ramai yg tercangak-cangak kehairanan termasuk aku.

Penerbangan ditunda ke pukul 9.00 malam, untuk membaik pulih sistem satelit pesawat.
Oh! What a start...
Di dalam, beberapa rungutan berlaku di kaunter boarding, dan yang paling kuat adalah seorang India Malaysia.

" You know, how much I"ll loose, after this delay? Five hours delay, you know how many ....
I'll complain this to the paper, i will make phone calls.

Kakak kat kaunter tu buat tak dengar saja, Abang Melayu kat belakang tu dengan senyum menjawab,
"You call Tony laa.." sambil menggerakkan tangan nya seperti menalipon.
Terus, India M tadi memperlahankan suara dan berbual dengan abang tadi sambil ketawa-ketawa kecil.
Pandai psyco betul, abang tadi.


Apa nak buat, cari smoking room, rayau-rayau..., lima jam! gilaaa.., agaknya ni lah pekej naik cheap flight.

Dalam waiting hall, ramai Mat Salleh dah mula make themself comfortable, ramai yg dah baring atas kerusi dan ada yang dah landing atas lantai.

Pukul 7.00 malam, kami dipanggil boarding, Waah, bertepuk tangan Mat mat Salleh semua. Aku pun tak pasti samaada bertepuk gembira kerana delay dipendekkan, atau menepuk sindir.

Flight- 12 jam, atas plane ni, aku syok tengok luar tingkap waktu take-off dengan mendarat sahaja.
Ticket beserta makanan, nasi lemak bungkus, mineral water dan kopi. Dekat nak sampai nanti lagi satu, nasi minyak pula... boleh la.

Kapal terbang membelah awan, di luar gelap...
Saya berjaya menghasilkan sebuah sketch dalam mengisi ketenangan ini...

Selamat malam Malaysia....

Subhanallah, Walhamdulillah, La ila hailallah, Allah hu akbar........



shooksketch on air

Tuesday, April 6, 2010

Kembara Eropah 2 : Prelude 3

Februari 2010
2 minggu sebelum bertolak.

Eta dengan wajah yang risau:
"Kalau, tak ada belanja, macam mana?"
"Tak pegi la, hangus lah tiket tu..."
"You macam tak risau aja?"

Risau.., hanya Tuhan yang tahu. Dah berminggu aku cuba menalipon dan menghantar sms kepada semua 'Collector' yang pernah membeli lukisan aku. Belum ada yang respon positif lagi.

Aku hantarkan sms ini kepada 5 orang kolekter ku:

'Artist going to Europe this March. Need financial help. Please buy my paintings.'

Dua- senyap.

Datuk M: " I say man... wrong timing la Bro, tapi time tu aku ada kat London, kalau hang ada problem, hang call aku"

Mr C: Balu sudah new year, mau cap goh meh lagi, susah mau dapat wang maa... but I'll try to get one K for you... but no promise aah...

Tuan Z: Nak pakai banyak mana? bagi account no.

Alhamdulillah... Thank you very much sir!



1 minggu sebelum bertolak.

Macam mana ni, account masih kosong. Nak remind Tuan Z, segan lah pulak, lagipun dia orang busy. Mr C pun senyap aja ni.

Lecture di UiTM telah ku setkan kerja buat pelajar sepanjang ketiadaan ku. Beberapa kelas telah ku adakan in advance.
Jin, Faris dan Jack sudah sedia menunggu.
Tapi, duit... zero!

Aku selesaikan dahulu bil-bil terutama internet, penting ni, communication with family.


3 hari sebelum bertolak.

Account masih kosong. Panik melanda.

Mr C : "you nak push-off Monday ya, I'll try to drop at your place before that".

Tuan Z: "pasal hang tak remind, aku lupa, aku ingat lambat lagi"


2 hari sebelum bertolak.

Mr C : "sorry la bang, aku kena ambil anak kat sekolah, tengok esok malam macam mana"

Tuan Z : " aku tak ada account maybank, aku kat oversea pulak ni, tak pa, hang jangan risau, I'll make sure that it will be transfered before Monday"


Aku terpaksa guna apa yang ada untuk pergi mendapatkan long john, jumper, stokin dan 'cap' kat SACC, Shah Alam. Jin dan Jack dah lama mengingati aku tentang hal ini.
Nak beli windbreaker, mak ai mahal la pulak, nak pinjam kat adik ipar, dia pulak sedang travel di New Zealand.
Kasut aku pun dah macam mulut buaya, nak beli baru?
Aku ke Shah Alam Central untuk menggantikan tapak baru saja, kasutnya masih baik.


Hari sebelum bertolak: Ahad 28 Feb 2010

Aku ke Shah Alam untuk mengambil kasutku, kemas buatannya, aku tersenyum kerana mengambil langkah yang bijak dan tidak menggunakan belanja yang besar. Tapi banyak yang belum tersedia, bag, jeket, tukar duit ke Euro, tube untuk bawa lukisan, rokok dan lain lain lagi.
Masih belum ada berita samaada dari Mr C atau Tuan Z.

Aku ke KL untuk mencari tube lukisan dan melawat Abang Man Shah. Dia ni macam abang aku lah, tujuh tahun berjiran sewaktu di Gombak dahulu. Ralat rasanya kalau tak menghadap dia sebelum perjalanan begini, lagipun dah lama tak jumpa. Kami ke Artist Colony Jalan Conlay untuk bertemu teman teman pelukis di sana. Ini pun keluarga aku juga, kena 'babai'.

Selepas Conlay, kembali ke rumah Abang Man di Sentul dan aku menghubungi Ben.

"Ben, ada jeket, boleh aku pinjam?"
-"Tunggu, sat aku sampai"

Aku pulang dari Sentul dalam jam 10 malam setelah bersama Ben dan Abang Man.

Setiba di rumah, fonsel bergetar-message.

Tuan Z: dah masuk Rm 5,000. Enjoy your trip.
Alhamdulillah!

Fonsel bergetar lagi...

Mr C: Abang, saya sudah masuk rm 1000. Have a wonderful time.
Thank You.

Terus aku call my ever reliable Bro gadget aka Magnum aka Pendi:

Bro, I need you tommorrow, early in the morning sehingga ke LCCT before 2pm.
-OK
Banyak benda nak kena solve and settle before take-off.
-OK
See you tommorrow Bro, Thanks
-See You.

Now, I can start packing!



Kembara Eropah 2 : Prelude 2

Walaupun perjalanan yang akan saya lalui pada kali ini merupakan perjalanan menjejak teman seperjuangan, ianya juga merupakan peluang yang baik untuk saya melawat tempat tempat di Eropah yang belum dan ingin saya lawati sebelum ini.
Perjalanan sebegini amat bermakna kepada pelukis kerana sememangya manusia perlu melangkah keluar. 'Jauh perjalanan luas pemandangan'.
Bagi insan seni pula ia menjadi satu keperluan untuk menyuburkan dan merancakkan lagi nadi serta deria seni di dalam diri.
Pelukis perlu mengisi minda dan jiwa dengan berbagai pengalaman visual, bau, bunyi dan tekak yang baru bagi dirinya. Perlu membuka deria jiwa kepada segala apa yang akan ditempuhinya dengan perhubungan antara manusia yang lain.
In simple words:' open and absorb'.

So, the plan is like this:

Kalau trip pertama dahulu, kebanyakkannya disekitar bandar bandar besar, Florence,Venice, Milan,Paris dan London, kali ini ia akan lebih keluar sedikit.

*Ingin bersama Jin di Weymouth. UK, Dah lama melihat semenjak berblogging, dan jumpa JIN!!!

*Ingin bersama Faris, anak buah penuntut bidang Engineering di Gelsenkirchen, Germany.

*Ingin menerima pelawaan teman pelukis Johnny Jack Hansen dari Denmark untuk tinggal bersamanya dan mencari peluang berpamiran di sana.

*Ingin lawati Kota Amsterdam.

Perbezaan kali ini juga pada the 'nature of travel',
Kalau dahulu, ianya bergerak mengikut kaki, bermaksud atas keputusan sendiri samaada tempat dan jangka waktu, tapi kali ini ianya lebih terancang dan kesemua tempat yang akan disinggah mempunyai teman karib yang sedia menunggu untuk diraikan.
In simple words again, 'manja dan dimanjakan la sikit...'

Yang menunggu :)


Jin aka Sanusi (duduk dua dari kiri) Ad81
Foto : 1985
Lokasi sekarang : Weymouth, UK


Faris aka Peh, kanak2 lelaki berbaju putih dihadapan. Yang tak pakai baju di belakang tu lah Uncle dia!
Foto: sekitar 1990
Lokasi sekarang : Gelsenkirchen, Germany


Johnny Jack Hansen berkenalan semenjak 2002 di Perkampungan Pelukis Conlay.
Layari sini: http://shukre.blogspot.com/2009/02/jack-from-denmark.html
Lokasi sekarang: Nivo, Denmark.

Monday, April 5, 2010

Kembara Eropah 2 : Prelude 1

November 2009

"Maka canang pun dipukul orang lah, maka tahu lah segenap pelosok marcapada bahawa Arjuna akan berkelana ke negara tanah putih...."

Suatu petang di 'green corner' Miepaklah di PJ, fonsel saya bergetar...

Encik Ahmad Shukri Elias ?
Saya Faizah dari Orogenic Resources, PA Tuan Z.
Saya diarahkan oleh Tuan Z untuk menempah tiket penerbangan untuk Encik ke Eropah.
Tolong hantarkan travel itinery Encik bersama particulars passport ke e-mail saya di.....


E-mail saya kepada Faizah:

Salam Faizah,
These are the details of my travel.

Travel details:

07/12/2009 - Kuala Lumpur - London
13/12/2009 - London -
Dusseldorf
28/12/2009 - Dusseldorf - London - Kuala Lumpur


Keesokannya...

Encik Shukri, Saya difahamkan hanya untuk tiket Air Asia pergi balik ke London sahaja.
Tiket untuk waktu yang Encik hendak sudah habis, Januari boleh?

Alaa... macam mana ni, orang kampong semua dah tahu, Jack sekeluarga di Denmark dah menunggu untuk sama sama menyambut Krismas. Jin pun dah diberitahu. Terpaksa postphone lah nampak gaya nya ni....

Tak apa biar aku postphone sampai Mac 2010, waktu tu UiTM ada semester break, jadi tak payah ganti banyak kelas. Nak tunda sampai Mei takut lambat sangat. Lagipun boleh ada banyak masa lagi untuk kumpul duit.


Disember 2009

Sebelum bertolak ke Pantai Timur:

Encik Shukri, Faizah, saya nak comfirm tarikh travel Encik untuk buat tempahan.
1 Mac bertolak dari K.L ke London dan return 22 mac, OK?
Penerbangan Air Asia beserta makan.


Flight booked, there's no turning back!
Now, find money, lots of money!

Flight to London solved. Flight around Europe have been booked by my nephew Faris in Germany online.
Lodging; plan nak tumpang Jin in Weymouth, Faris in Gelsenkirchen dan Jack in Copenhagen.

Yang nak kena cari, duit belanja.
Dua puluh dua hari, paling tidak Euro 1 ribu, dah RM lima ribu tu, Nak tinggal kat famili kurang-kurang satu ribu. Nak beli long john dan segala keperluan untuk musim yang masih sejuk, Nak settle bil-bil... waaa mana nak cari enam-tujuh ribu ni!

Kembara Eropah 2



Bismillahirahmanirahim.

Hampir dua minggu sudah, saya balik dari trip yang amat bermakna buat saya ini.
Syukur Alhamdulillah, saya selamat sampai ke KL pada jam 8.00 malam pada 23 mac yang lalu.

Banyak pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan bersama kawan kawan.
Cuma, kalau pada trip pertama dahulu, saya berkesempatan mencoretkan jurnal, tetapi pada kali ini saya langsung tidak; apa yang ada hanya memori-memori yang masih segar di dalam minda dan hati saya.

Dan ini lah sebabnya saya harus mencurahkan segera sebelum ianya semakin pudar. InsyaAllah, bersama foto-foto akan saya cuba hidupkan kembali pengalaman saya.

Posting juga akan dibuat di dalam blog saya 'piquant' http://shukre.blogspot.com



KEMBARA EROPAH 2 : PRELUDE

September 2009

It all started with a sponsored return airticket to London.
It was first sheduled for December 2009.

"Waa... ada chan tengok salji ni"
"Ada chan pi kat Jin ni". Saya ni memang suka berjalan... haha sapa tak suka?

Kami selalu dah dok chat dengan Jin semenjak berblogging ni. Jin pun memang rajin kontek member. Jadi selalulah dok berangan nak pi kat dia....

Hmmm... let me see... ada anak buah kat German!... boleh cari pasai pi kat member Denmark...
AMSTERDAM! "Siap hang Bentolo, hang ingat hang sorang boleh sampai Amsterdam ka?". Last time dari Florence dan Paris, nak pi dah... sampai London, duit habih!

Ok, ok, bawa bertenang... mula mula fix date dulu.
Bulan 12, cantik la, Uitm cuti, famili cuti.
Belanja?....... hmmmm...... takpa, book flight dulu.

bersambung....

Rock Steady



Good Mornin!
Lets rock this beautiful Monday morning with this 1974 fav...
Rock Steady... Enjoy!

Sunday, April 4, 2010

Hepi Besdey Kasran & Hanafiah !



Salam hari jadi buat saudara Kasran pada 3.4.10. Semoga panjang umur dan murah rezki dari warga AD 82.




Salam hari jadi juga buat Saudara Hanafiah pada 4.4.10. Semoga panjang umur dan murah rezki dari warga AD 82.

Buat Kasran dan Napi, terima lah lagu besdey ni... Enjoy!

Saturday, April 3, 2010

Selamat Pengantin Baru Sob: 3.4.10



Lagu ini khas ditujukan pada pasangan pengantin Sobri Abd Hamid aka Sob IDE dan pasangannya Aishah yang melangsungkan perkahwinan mereka di Jitra Kedah hari ini.
Ucapan, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu dari kami semua, budak-budak AD.

Sob's Wedding Pic: 3.4.10 : Kiriman Don


Pasangan pengantin baru Sobri Abd Hamid dan pasangan Aishah





Ish ish ishhh....


Bersama Am, Jamal Ayaq dan Ben



E-mail Don pada saya:

E, nah tolong upload dalam blog budak ad82 sat (dgn izin sob dan isteri):

Nama isteri : Aishah
Umur : 24 thn
Asal : Medan, Indonesia

Menu yg paling menyelerakan :
1. Kerabu kerisik mempelam, taugeh, udang
2. Ikan masin tamban dan gelama garing belah dua
3. Gulai kuning2 udang besar nangka muda
4. Ulam pucuk gajus, daun selom, terong mekah bakar dan terung bulat rebus
5. Sambal belacan bercampur ricik mmpelam masak ranum
6. Minuman : sirap dan lincikang
7. Bubur kacang

dan

8. Daging kari pekat ala mamak
9. Ayam masak tomato

Walau pun daging dan ayam sedap nampaknya 7 yg di atas tu menjadi pujaan hati setiap tetamu. Terutama si Bentolo yang makan sampai tak nampak telinga sendiri

Selamat Pengantin Baru Sob, Semoga berkekalan ke anak cucu dari kami Budak AD 82

Terima Kasih Don.

Thursday, April 1, 2010

Tuan Kasran


Kasran kat Conlay 2008, visiting me during my last year at Conlay artist Colony.KL